CARA HILANGKAN JERAGAT DEGIL – 3 Tips Senang Follow

CARA HILANGKAN JERAGAT DEGIL – 3 Tips Senang Follow

Jeragat adalah tompokan atau pigmentasi warna hitam atau coklat yang timbul di kulit muka dan ia adalah satu gejala yang sangat digeruni oleh semua wanita. Bila ia dah mula bertapak di wajah, untuk menghilangkannya bukan suatu perkara yang mudah. Jadi kena tahu cara hilangkan jeragat degil.

Cara Hilangkan Jeragat Degil

Jeragat degil ini kadang-kadang disebut juga sebagai tompok-tompok penuaan kerana ia lebih cenderung berlaku dikalangan wanita yang dah berumur. Walaubagaimana pun tak mustahil ia boleh berlaku pada usia muda. eragat sebenarnya tidak merbahaya tetapi kehadirannya boleh buat akak -akak jadi stress tak tidur malam mencari penyelesaian pada masaalah jeragat degil ini. Kalau nak best kena cuba set jeragat shaklee.

Bagaimana Jeragat Degil Ini Boleh Terjadi?

  • pendedahan secara berlebihan terhadap cahaya matahari,
  • faktor genetik atau keturunan.
  • kesan dari pengunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
  • kesan dari penggunaan pil perancang keluarga.
  • ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

Cara Untuk Mengatasi Masalah Jeragat Secara Semula Jadi.

Sebelum mencuba cara-cara yang drastik untuk menghilangkan jeragat degil ini seperti rawatan laser atau ‘chemical peeling’ ada baiknya cuba cara-cara yang lebih selamat dan tak menyakitkan seperti yang disarankan di bawah ini.

1. Lemon

Jus lemon mengandungi asid citrit atau asid alpha hidroxyl yang bertindik sebagai peluntur yang lembut untuk memudarkan jeragat. Untuk merawat jeragat degil, ambil sebiji lemon dan hiriskan beberapa keping. tampalkan hirisan tersebut di atas kawasan berjeragat. Biarkan kepingan itu di situ selama 15 minit, kemudian bilas muka dengan air suam. Ulang setiap hari.

2. Cuka Epal

Cuka epal boleh membantu untuk mengurangkan tompok-tompok gelap pada kulit yang disebabkan oleh hyperpigmentasi. Ia mempunyai sifat mencerah kulit yang sangat baik serta sifat-sifat astringen yang boleh membantu memulihkan warna semula jadi kulit anda. Campurkan cuka dan air dalam jumlah yang sama. Sapukan capuran ini pada bahagian yang ada tompok jeragat. Biarkan selama 2-3 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Ulang sebanyak 2 kali sehari dan lakukan ini berterusan selama 2 minggu.

3. Yogurt

Yoghurt mengandungi asid laktik yang boleh membantu untuk memudarkan jeragat. Ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif. Caranya ialah dengan meyapu sedikit yogurt pada kawasan yang berjeragat tersebut. Biarkan beberapa minit sehingga ia kering. Kemudian bilaslan dengan air. Sapukan dengan sedikit pelembab. Ulang cara ini sekali sehari sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

sumber: vitaminawetmuda 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat