DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Cara Jadi Cantik

Cara Jadi Cantik

Cara Jadi Cantik. 6 Tips Mudah Untuk Kekalkan Kulit Cantik dan Berseri.Salam dan Selamat Pagi.Sebagai seorang wanita , menjaga penampilan adalah perkara yang harus di ambil berat. Jadi dengan itu , saya ada tips mudah untuk kekalkan kulit cantik dan berseri.

Cara Jadi Cantik

1) *Disiplin Diri*
– Perkara pertama yang harus dilakukan dalam sesuatu perkara adalah *DISIPLIN* . Nak berjaya kena ada disiplin , nak kekal cantik pun kena ada disiplin juga . Kena ada disiplin yang kuat dan usaha yang berterusan , jangan hanya sekadar tahi tahi ayam jika nak cantik.

2) *SAUNA*
– Sauna adalah perkara yang paling mudah untuk kita keluarkan peluh dan sekaligus membakar lemak2 yang tak diperlukan didalam badan kita. Secara tak langsung dapat membakar toksin yang tak diperlukan.
– Sauna juga bagus untuk mereka yag mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan. Dan ia mampu meningkatkan tahap kesihatan kita.

3) *DETOKS*
– Detoks ni tujuannya untuk kita melancarkan proses pencernaan dan membersihkan dalaman kita dari segala bahan kotor, toksik, sisa buangan dan bahan beracun. Cara untuk detoks yang paling popular sekarang ni dengan minum air detoks.

– Camne nak buat air detoks ni senang je. Pelbagai bahan yang boleh digunakan untuk buat minuman detoks ni. Boleh google resepi air detoks atau taip je infused water. Macam-macam resepi air detoks yang boleh kita amalkan setiap hari.

– Yang paling ringkas dengan menggunakan buah lemon dan limau kasturi atau limau nipis. Potong nipis-nipis dan masukkan dalam jug berisi air. Letak dalam peti ais. Selepas 4 jam baru boleh minum. Yang ada masalah sembelit elok sangat la minum air detoks ni tau.

4) *TIDUR AWAL*
– Tabiat tidur lewat mendorong perut kita akan berasa lapar. Ini menyebabkan tubuh kita akan keletihan. Kesannya lingkaran gelap bawah mata akan muncul. Pergi kerja dengan mata macam panda. Adeh malu la kan huhu.

– Tidur yang mencukupi membantu tubuh kita akan berasa lebih segar. Tidur bukan sekadar memenuhi keperluan tubuh. Apa yang penting bila kita tidur tubuh kita akan mendapat rehat yang sebenarnya dan secara tidak langsung tidur merawat tubuh kita secara semulajadi. Hasilnya muka kita pun nampak la berseri dan awet muda gitu.

5) *PILIH MAKANAN BERKHASIAT*
– Pilihlah menu harian yang bergizi seperti banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Zat dan nutrisi yang terdapat di dalam makanan ini sangat penting untuk membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tubuh kita.

– Contohnya vitamin E sangat penting untuk kecantika kulit. Kekurangan vitamin E menyebbakan kulit menjadi kusam dan cepat berkedut.

– Elakkan makan makanan ringan dan minumam yang manis. Jangan tidur selepas makan. Tabiat tidur ni kadang-kadang susah nak ubah kan. Bila perut dah kenyang mata pun layu je kan..Makan hendaklah secara konsisten. Makan sedikit tetapi kerap adalah cara terbaik untuk kekal langsing.

6) *MINUM BANYAK AIR PUTIH*
– Kalau orang Johor sebut air putih tu air jarang..Biasa la kan lain negeri lain sebutannya. Tak kisah la nak guna istilah apa pun. Apa yang penting nak kulit cantik glowing kena la minum air masak yang banyak.

– Elakkan minum air manis dan berais. Mak saya selalu pesan nak awet muda minum air putih sejurus bangun tidur dan juga sebelum tidur.

SEKIAN sahaja perkongsian ringkas saya pagi ni. Please LIKE & SHARE post ini supaya rakan2 anda boleh lihat dan kekal cantik. Perkara yang baik harus dikongsi kan? Hehe

CARA JAGA MUKA

Wajah adalah mencerminkan diri anda. Jika wajah anda kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri anda. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.

Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Ketiadaan masa pada masa kini menyebabkan ramai orang tidak ada masa untuk menjaga muka. Berikut adalah tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

1. KURANGKAN MEMAKAI PENCUCI MUKA

Orang kata, kena selalu pakai pencuci muka. Benarkah?

Pencuci muka mempunyai bahan kimia yang akan menyebabkan muka anda cepat rosak dan berminyak. Cuba elakkan memakai pencuci muka yang mengawal minyak (oil control) kerana ianya akan menghilangkan minyak secara sementara sahaja. Dan ianya akan menggalakan muka menjadi lebih berminyak. Dua kali sehari sudah cukup.

2. JANGAN CAMPUR PRODUK KECANTIKAN SESUKA HATI

Cara jaga muka ini sangat penting dan perlu diambil perhatian serius. Jangan memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SERBUK TEH DAN MADU

Campurkan serbuk teh dan madu. Buat seperti scrub dan juga boleh di sapu pada leher dan lengan. Untuk memudahkan anda melakukan scrubbing, simpan campuran tersebut dalam balang kaca dan simpan dalam peti sejuk.

Ianya untuk menjadikannya lebih tahan lama. Jika disimpan di luar, campuran itu akan bertahan selama 2 minggu. Lakukan setiap hari.

4. WAP PANAS

Ini cara jaga muka yang agak rumit. Wap panas boleh kecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Caranya ialah dengan menggunakan daun bunga tahi ayam. Gunakan daun bunga tahi ayam yang hijau dan segar. Basuh daun tersebut hingga bersih.

Masukkan daun dalam periuk dengan air berisi separuh penuh dan didihkan. Selepas air mendidih, angkat periuk tadi dan letakkan di atas meja atau lantai (kawasan yang membuatkan anda selesa). Kemudian telunkupkan kepala anda dengan kain atau tuala yang tebal untuk menjalankan proses pengewapan.

Dekatkan periuk yang berasap ke muka anda (anda boleh mengagak jarak anda dari periuk mengikut keselesaan anda) dan biarkan wap itu meresap dalam kulit anda dalam 15-30 minit. Lakukan 2 kali seminggu.

Nota: Air rebusan daun bunga tahi ayam cuma boleh direbus semula sebanyak 2 kali.

5. MASKER BEDAK SEJUK DAN MADU

Ini cara jaga muka secara semulajadi. Campurkan bedak sejuk dan 2 sudu makan madu dan buatkan seperti mask pada wajah. Lakukan selama 30 minit sebelum tidur dan bilaslah dengan air selepas itu. Ianya dapat membuatkan kulit anda sentiasa tegang dan liang roma mula mengecil.

6. MASKER PUTIH TELUR ATAU PATI TIMUN

Ini juga salah satu cara jaga muka secara semulajadi. Kisar pati timun dan buatkan seperti masker pada muka anda dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilaslah dengan air. Begitu juga dengan putih telur, buatkan mask pada wajah dan biarkan kering. Kemudian bilas dengan air.

7. TEH HIJAU (GREEN TEA)

Minum teh hijau sekali atau dua kali sehari. Teh hijau bagus untuk pengantioksida yang boleh mengurangkan jerawat.

8. MINYAK SAYURAN

Gunakan minyak sayuran sebagai pelembab wajah.

9. SENAMAN MUKA

Cara jaga muka ini boleh buat orang gelak. Ada yang kata, “Berkesan ke?“. Cubalah dahulu. Selalu menyebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’ sebanyak 10 kali supaya dapat menguatkan otot muka dan bibir.

10. KURANGKAN MENYENTUH WAJAH

Ini cara jaga muka yang terakhir. Kita sememangnya tidak dapat lari dari menyentuh wajah apabila gatal atau adanya jerawat. Namun kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

Kalau hendak juga menyentuh wajah, sila bersihkan tangan anda dengan sanitizer atau air bersih. Gunakan kain apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

Leave a Reply

%d bloggers like this: