Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil

Cara Mengurangkan Sakit Tulang Punggung Ketika Hamil

Sekiranya berasa sakit, jangan kita buat tak tahu je. Cepat-cepat bertanya yang pakar, sebab makin lambat kita atasinya, makin lambat nak sembuh.

Bergerak secara perlahan-lahan. Mungkin anda seorang yang aktif dan tak terasa kesannya, tapi nanti bila tiba waktu untuk tidur nanti, baru terasa sakitnya.

Berehatlah secukupnya dengan duduk di atas kerusi yang mempunyai kusyen ataupun bantal untuk menyokong belakang kita.

Elakkan mengangkat ataupun menolak barang berat (troli di pasaraya pon sebenarnya boleh menyebabkan anda sakit tau!)

Sewaktu bersiap untuk memakai seluar, pastikan kita duduk sebelum menyarungkannya. Tarik pakaian sehingga ke peha sebelum berdiri untuk menyempurnakan pemakaian. Jangan sesekali memakai pakaian sebegini dalam keadaan berdiri.

Langkah satu persatu ketika menaiki tangga

Elakkan duduk dengan kaki terkangkang. Sekiranya perlu memisahkan kaki kita antara satu sama lain, lakukannya secara perlahan-lahan dan pastikan bahagian belakang badan anda melengkung

Elakkan melakukan renangan kuak dada. Jika perlu, berhati-hati ketika melakukannya.

Selalulah lakukan senaman lantai pelvik dan abnominal bawah. Kedua-dua senaman ini boleh mengurangkan ketegangan di bahagian bawah pelvik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat