DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Cara Nak Jadi Cantik

Cara Nak Jadi Cantik

Oklah, bila sebut je pasal nak jadi cantik, seksi, cun, menawan,gebu, bergebu, macam-macam petua nenek moyang, produk, tips, dan juga pantang larang, senang je, korang taip je cara nak jadi cantik kat google, keluarlah pelbagai rahsia nak jadi cantik termasuk yang nak jadi kaya dengan jual produk kecantikan. 

Soalan pertama cepu emas, kenapa nak jadi cantik ? memang ye, semua orang nak jadi cantik, fitrah manusia semuanya nak cantik, dari segi rupa , dan paling penting akhlak pun nak kena cantik betul tak ? Lagi-lagi sekarang kaum isteri pun semua nak cantik. Tapi dalam dunia ni, ada je benda yang saling melengkapi, ada yang cantik, ada yang hodoh, buruk, tapi itu semua, manusia yang buat, hodoh, buruk, tak lawa, padahal, ada orang kata cantik tu lagi subjektif, sampai orang melayu kata cinta itu buta, dan macam-macam lagi, cerita pasal cantik.

Dulu aku pernah tulis jugak pasal ni, zaman rozita che wan, lawan lagi dengan luna maya, pergh ini artikel agak pedas sikit, tapi tulah, cantik , seksi, itu semua ada nafsu keghairahan di sana, sebab ada orang kata dia tak cantik, tapi seksi yang teramat, sebab seksi ini bukan sahaja tak pakai baju dedah sana sini, tapi perlakuan, pun ada seksinya jugak, ini semua kata ada kaitan dengan kecantikan, memang sukar, sampai aku tengok cerita American Next Top Model pun pening kepala, juri bergaduh siapa cantik, siapa seksi, padahal aku tengok sama je, tak cantik sangat pun, hahahhaa.

Ada je, ikut je petua yang aku share kat korang nih, tapi jangan sampailah buat pembedahan plastik, contohnya nak besarkan buah dada, itu semua, bahaya, padahal ada je cara lebih selamat dan natural. Sekarang ini memang banyak gila produk besar sana sini, sado sana sado sini, panjang sana panjang sini, memang gile, paling kejam, fikirlah tiga empat kali, produk selamat ke, ada kelulusan ke, ada research ke, dan macam-macam lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.