COQ10 – Manfaat Coenzyme Q10 Untuk Kesihatan Jantung

COQ10 – Manfaat  Coenzyme Q10 Untuk Kesihatan Jantung

Coenxyme Q10 atau secara ringkasnya, CoQ10 adalah sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam setiap sel di dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 ini sangat sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri, agar sel-sel tubuh kita kekal berfungsi (kalau tak berfungsi, matilah kita) Oleh itu ia memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penghasilan tenaga, di mana Coenzyme Q10 berperanan sebagai pencetus tenaga.

PENGHASILAN TENAGA DARI COQ10

Proses penghasilan tenaga ini berlaku beribu-ribu kali setiap saat. Cuba bayangkan kalau Coenzyme Q10 tidak mencukupi dalam tubuh kita? Mampukah sel-sel tubuh kita berkerja dengan efisyen? Sudah tentu tidak! CoQ10 ini ditemui kebih banyak di dalam organ-organ yang kuat berkerja, seperti jantung, hati, buag pinggang dan pankreas. Paras Coenzime Q10 di dalam tubuh kita akan berkurang dengan usia dan aktiviti senaman yang kita lakukan. Semakin kita berusia, dan semakin kita aktif, semakin kurang paras Coenzime Q10 dalam badan kita.

KELEBIHAN COENZYME Q10

  • mengukuhkan otot-otot jantung.
  • menyokong keupayaan mengepam darah.
  • melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
  • menyumbang dalam pengekalan paras tekanan darah yang sihat atau normal.
  • satu antioksidan yang kuat, maka ia memainkan peranan dalam mengekalkan awet muda
  • membantu mengurangkan risiko penyakit jantung

JUMLAH COENZYME Q10 YANG DIPERLUKAN BADAN

Badan kita memerlukan 10mg Coenzime Q10 sehari. Berdasarkan sumber Journal Food Comp Anal. 2001; 14(4):409-417, berikut merupakan kandungan Coenzim Q10 dalam beberapa jenis makanan:

  • 2.6mg CoQ10 dalam 85gm daging
  • 1.4mg CoQ10 dalam 85g ayam
  • 0.8mg CoQ10 dalam 28g kekacang panggang
  • 0.5mg CoQ10 dalam 0.5 cawan brokoli rebus yang dipotong dadu

Kalau ikutkan, untuk dapatkan 10mg Coenzyme Q10 sehari, kena makan 0.33kg daging atau 0.61kg ayam. Wow! Keupayaan tubuh kita untuk menghasilkan Co enzyme Q10 pula menurun apabila usia kita meningkat. Tambah lagi dengan diet yang tidak seimbang, tertedah pula kepada radikal bebas boleh mengurangkan paras Coenzyme Q10 di dalam tubuh kita. Sebab itu lah, orang yang meningkat usianya, jika tidak menjaga pemakanan akan mudah terkena penyakit jantung.

2 thoughts on “COQ10 – Manfaat Coenzyme Q10 Untuk Kesihatan Jantung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat