COQTROL – Vitamin Pembekal Tenaga Dan Jantung

coqtrol

Alhamdulillah, hari ni kita cerita sedikit tentang vitamin terbaru shaklee CoQTrol Plus. Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia.1

Manakala, mengikut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37 peratus kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil suplemen berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal.

Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada suplemen kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

coq-trol

CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

Memberi Tenaga Kepada Sel

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

Mengukuhkan Otot Jantung

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat/normal.

Mengawal Kolestrol Jahat

Selain itu, CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

coq health shaklee

Berapakah Jumlah Pengambilan Dietari Coenzyme Q10 Yang Kita Perlukan ?

Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia.

Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2 peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20.

kesihatan jantung

Tenaga yang berkekalan Dengan CoqTrol

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! Peningkatan CoQ10 membantu meningkatkan kekuatan otot dan mempercepatkan pemulihan luka.

Peredaran Darah yang Sihat

CoQ10 lebih tertumpu pada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu menguatkan otot-otot jantung, menyokong fungsi jantung yang sihat, dan meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.

Sistem Reproduksi yang Sihat

Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu meningkatkan jumlah sperma yang sihat, meningkatkan pergerakan sperma, meningkatkan kualiti ovum.

Kulit Yang Berseri

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan dan meningkatkan tekstur kulit.

Meningkatkan Fungsi Kognitif

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu menjana fungsi otak yang sihat, dan meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.

CoQTrol Plus Shaklee

Kekal aktif dan bertenaga dengan Coenzyme Q10, antioksida yang menyokong sel untuk menghasilkan tenaga. Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel.

Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Keistimewaan Shaklee CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

manfaat coq-trol

Pasangan Pembekal Tenaga CoQTrol = CoQ10+Resveratrol

Adalah amat penting untuk sentiasa membekalkan tenaga kepada badan kita supaya kita boleh hidup dengan cergas setiap hari. Berita baiknya adalah, anda boleh berbuat demikian dengan nutrisi yang betul bersama Shaklee. Bagaimana Gaya Hidup Menjejaskan Penghasilan Tenaga

Seperti sebuah kilang, badan kita memerlukan sel-sel (stesen penjaga tenaga) dan nutrien-nutrien (pekerja) untuk berfungsi seperti biasa. Setiap sel mengandungi satu stesen penjanaan yang bernama mitokondria untuk menghasilkan tenaga untuk badan anda dan ia memerlukan satu nutrien, Coenzyme Q10 (CoQ10).

Badan anda boleh menghasilkan mitokondria dan CoQ10 secara semulajadi. Akan tetapi, penghasilannya akan merosot dengan usia yang meningkat dan cara hidup tidak sihat seperti pemakanan yang rendah nutrien yang memberi tenaga, serta tinggi kandungan lemak dan gula, pencemar persekitaran, stres dan kurang bersenam1.

Hasilnya, anda akan berasa lesu, mengantuk dan mudah berasa letih. Tingkatkan Tenaga Anda dengan Polifenol dan CoQ10. Tinggi dengan antioksida, polifenol membantu meningkatkan prestasi sel ke tahap optima, menambah jumlah mitokondria dalam sel. Sebagai pekerja dalam stesen-stesen penjana tenaga, CoQ10 diperlukan untuk mengecas badan, memperbaharui tenaga agar badan anda berfungsi lebih efektif.

Testimoni Pengguna CoQTrol Shaklee Sebelum Ini (dikenali sebagai CoQ Health)

testimonial coq-trol shaklee badan bertenaga

testimonial coq-trol shaklee

Bagaimana mahu membeli CoQTrol Plus Shaklee

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi saya

Ainul Mustafa  013-3612717

atau klik icon di bawan ini.

jantung sihat coq-trol

ATAU

shaklee murah

 

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar, Kelana Jaya, Alam Impian, Denai Alam,

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu