Darah Nifas Berbau ?

Darah Nifas Berbau ?

Mengikut kefahaman Perbidanan Melayu, darah yang keluar selepas melahirkan ialah darah nifas . Ianya menganduni darah bantal dan darah bayam.

Semasa mengandung tiada kedatangan haid, menyebabkan juga darah berkumpul berwarna kehitaman pekat, berlendir dan berbau hanyir. Di percayai darah nifas adalah darah kotor. Selagi tidak dikeluarkan dari rahim akan menyebabkan darah beracun jika tidak di keluarkan dengan sempurna. Selagi itulah rahim akan bengkak dan belum sembuh sepenuhnya.

Jika darah nifas mengering dengan lebih awal sebelum 2 minggu akan memberi kesan kurang bagus kepada ibu lepas bersalin. Menjadikan ibu mudah terdedah angin meroyan atau angin keracunan.

Ini dalam konsep perbidanan Melayu . Bila angin meroyan datang boleh menjadikan depresi atau tekanan kepada ibu. Mudah masuk angin dan rasa lemah badan dan semangat.

Biasa darah nifas keluar lancar selama 2 minggu dan beransur surut sehingga 30hari selepas bersalin. Jika lancar keluar darah nifas ibu secara fizikalnya mudah cepat sembuh.

Darah nifas selama 14hari mengandungi banyak sel-sel darah merah, ketulan darah serta gumpalan dari selaput lendir rahim. Peringkat awal ianya akan keluar dengan “darah bantal”. Kemudian akan beransur tukar menjadi cairan coklat kemerahan. Disusuri cecair kuning kehijauan yang di sebut “darah bayam.”

Cecair tersebut lama kelamaan menjadi kuning muda dan akhir menjadi cecair putih lalu beransur mengering pada hari 30 ke 40 dalam pantang.

Apapun lain orang lain keadaan kejadiannya. Terpulang kepada individu. Cuma ini yang dipercayai dalam perbidanan Melayu.

Maka jagalah diri mu semasa dalam pantang. Jangan stress dan jaga pantang makan juga. Badan ada proses dan amalannya untuk segar kembali sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat