DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Darah Tinggi Punca Buah Pinggang Rosak

Darah Tinggi Punca Buah Pinggang Rosak

DARAH TINGGI PUNCA BUAH PINGGANG ROSAK❓

✔Tekanan darah tinggi boleh merosakkan saluran darah di seluruh badan. Ia akan menyebabkan bekalan darah ke organ-organ penting seperti buah pinggang terjejas.

Seterusnya ini akan merosakkan unit penapisan kecil di dalam buah pinggang.

✔Buah pinggang yang rosak akan berhenti mengeluarkan bahan buangan dan cecair yang berlebihan daripada darah.

Akibatnya, cecair yang berlebihan di dalam badan akan menyebabkan tekanan darah meningkat lagi.

Apakah Tanda – Tanda Dan Gejala Penyakit Buah Pinggang Kronik❓

Gejala penyakit buah pinggang adalah bergantung kepada tahap dan peringkat penyakit itu. Pada peringkat awal penyakit buah pinggang, pesakit biasanya tidak mempunyai apa-apa gejala.Oleh itu, pesakit tersebut mungkin tidak sedar bahawa mereka telah berpenyakit. Pada peringkat akhir, gejala berikut mungkin berlaku:

✅Sentiasa rasa letih
✅Bengkak kaki, terutamanya pada waktu malam / berdiri yang lama
✅Rasa loya / muntah berterusan
✅Tekanan darah tidak terkawal
✅Jumlah air kencing berkurangan
.
Protein dalam air kencing (Proteinuria) adalah salah satu tanda penting penyakit buah pinggang kronik.
.
Pesakit penyakit buah pinggang kronik mungkin akan mengeluarkan air kencing berbuih. Ia boleh disahkan melalui ujian air kencing. Kerosakan buah pinggang akan menyebabkan protein darah yang dipanggil albumin tersingkir melalui air kencing.
.
Pada peringkat awal, hanya kuantiti kecil albumin terjerlus ke dalam air kencing melalui buah pinggang. Keadaan ini dikenali sebagai “microalbuminuria”. Ini merupakan satu tanda awal kegagalan fungsi buah pinggang. Apabila fungsi buah pinggang semakin terjejas, jumlah protein yang terjerlus melalui air kencing akan semakin meningkat. Keadaan ini dikenali sabagai proteinura.

One thought on “Darah Tinggi Punca Buah Pinggang Rosak

Leave a Reply

%d bloggers like this: