DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Daun Selasih

Daun Selasih

Sementara itu, daun selasih adalah sejenis ulam yang berkhasiat. Ia boleh dimakan secara mentah ataupun direndam dengan air panas, buat teh. Selasih juga enak dijadikan ulam dan dicicah sambal cili. Kedua-dua cara tersebut mempunyai kebaikan dari sudut kesihatan. Daun Selasih atau nama lain nya ruku-ruku dipercayai boleh merawat keradangan usus dan sakit2 sendi.

Daun Selasih adalah sebagai rawatan untuk gatal gatal pada tekak, bertindak sebagai perangsang, pelawas kencing, mengeluarkan peluh, merawat sakit kepala, masalah pembuangan air besar bagi kanak-kanak, kurap, batuk, rawatan selepas bersalin, demam panas dan asma.

Juga boleh menambah air susu khusus untuk kaum ibu yang menyusukan anak.

Ia juga boleh meredakan demam, merawat keradangan usus, penyakit kulit, merawat kencing manis dan gangguan pernafasan.

Pokok selasih banyak kegunaan dan daunnya mempunyai aroma yang harum dan menenangkan. Tidak hairanlah salah satu khasiatnya adalah sebagai penenang.

Jika kita susah tidur, cuba ambil daun selasih dan hidu daunnya. Insya Allah kita boleh tidur lena ataupun jadikan teh dengan direndam daunnya dengan air panas.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat