Demam Kepialu Jangkita Bawaan Makanan Bakteria Salmonella

Demam Kepialu Jangkita Bawaan Makanan Bakteria Salmonella

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain. Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk )

Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?

  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah

Apakah tanda-tanda dan gejala ?

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.  Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C

  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah penyakit ini merebak ?

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)

Komplikasi Penyakit

  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan

  • Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal.
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?

  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan
  • Pengambilan makanan tambahan untuk meningkatkan antibodi badan

sumber: myhealth.gov

Sering demam mungkin terjadi pada banyak penyakit. Mulai dari kondisi yang ringan, seperti flu hingga penyakit yang benar-benar membutuhkan bantuan dan perawatan dokter segera. Untuk mencegah sekaligus membantu Anda membedakan gejala demam biasa dengan gejala demam yang disebabkan kondisi lain yang berbahaya. Simak ulasannya berikut ini.

Sering Demam ?

Demam terjadi ketika suhu tubuh lebih tinggi atau berada tidak pada tingkat normal seperti biasanya. Mengalami demam, menandakan bahwa tubuh sedang bekerja aktif melawan peradangan dari infeksi. Gejalanya biasanya disertai dengan tubuh berkeringat, kelemahan, sakit kepala, dan nafsu makan berkurang. Biasanya demam terjadi kerana flu, tapi ada banyak penyakit yang berbahaya yang juga menyebabkan kondisi ini terjadi.

Gejala demam yang perlu Anda waspadai

Demam biasa biasanya akan hilang dalam beberapa hari, baik tanpa atau menggunakan ubat. Namun untuk demam yang terjadi akibat adanya penyakit tertentu, harus membutuhkan penanganan doktor segera. Kemungkinan pasien juga harus menjalani rawat inap. Tidak semua gejala sering demam disebabkan penyakit ringan, seperti flu. Ada gejala sering demam yang perlu Anda wasapadai, seperti:

1. Demam tinggi mendadak

Berbeda dengan biasa, demam tinggi mendadak terjadi disebabkan oleh penyakit demam berdarah (DBD). Hal yang membedakan demam DBD dengan dengan demam biasa adalah demam ini dapat mencapai 40 derajat celcius. Gejala demam ini sangat tinggi dibanding demam biasa. Penyakit demam berdarah terjadi akibat adanya gigitan dari nyamuk Aedes Aegypti dan Aedes Albocpictus. Demam biasa akan disertai gejala batuk dan pilek, sementara demam berdarah tidak demikian. Demam DBD bisa terjadi selama dua atau tujuh hari dengan diikuti gejala lain, seperti:

  • sakit kepala parah diikuti sakit pada bagian belakang mata
  • Nyeri otot dan sendi yang parah dan kelelahan
  • Mual dan muntah
  • Muncul ruam kulit, yang muncul dua hingga lima hari setelah timbulnya demam
  • Perdarahan ringan (seperti hidung berdarah, gusi berdarah, atau mudah memar)

Kondisi ini harus mendapatkan penanganan segera. Sebab, akan terjadi komplikasi pada getah bening dan pembuluh darah, perdarahan dari hidung dan gusi, pembesaran hati, kegagalan sistem peredaran darah atau bahkan kematian.

2. Demam yang hilang timbul

Sekilas gejala demam akibat malaria, mirip seperti flu. Namun, demam malaria biasanya ditandai dengan kedinginan (menggigil) hingga suhu tubuh mencapai 40 derajat celcius dan berkeringat. kena demam berdarah dan tipes sekaligus Gejala demam yang muncul biasanya hilang timbul (paroksimal). Terkadang pasien merasa sehat kemudian akan demam lagi dalam rentan waktu yang cepat. Tergantung dengan jenis parasit yang menyerang, kambuhnya demam bisa terjadi sekitar 8 hingga 10 jam, 48 jam, atau 72 jam. Gejala malaria selain demam paroksimal adalah:

  • Sakit kepala
  • Nyeri otot
  • Tubuh menggigil dan kedinginan
  • Tubuh berkeringat
  • Mual dan muntah

Bila tidak segera diobati, akan terjadi komplikasi seperti perubahan pada urin yang menjadi lebih gelap karena pecahnya sejumlah sel darah merah, gagal ginjal, anemia, dan edema paru.

3. Demam dengan nyeri sendi parah

Kondisi ini disebut dengan chikungunya dan disebabkan oleh gigitan nyamuk yang sama dengan demam berdarah. Bukan hanya demam biasa tapi juga disertai nyeri pada sendi yang parah. Nyeri yang terjadi pada sendi sangat melemahkan, biasanya akan berlangsung selama beberapa hari atau juga berminggu-minggu seiring berkembangnya virus di dalam tubuh. Selain itu, ada beberapa gejala lain yang menyertainya, seperti:

  • Sakit kepala
  • Mual dan muntah
  • Kelelahan
  • Ruam pada sendi yang terasa nyeri

Dikutip dari World Health Organization, sebahagian besar pesakit sembuh sepenuhnya, tetapi dalam beberapa kasus nyeri sendi dapat bertahan selama beberapa bulan, atau bahkan bertahun-tahun. Walau jarang terjadi komplikasi, penyakit ini bisa menyerang mata, saraf dan jantung, serta keluhan gangguan pencernaan. Komplikasi serius tidak umum, tetapi pada orang tua, penyakit dapat meningkatkan risiko kematian.

sumber: hellosehat

PENTING KE WARNA HINGUS ?

Anak selsema. Macam macam warna hingus ada. Apa yang ibu bapa perlu tahu? Jadi jom baca sedikit jenis jenis hingus ini.

Jika hingus berwarna jernih dan tiada demam, mungkin hanya ALAHAN. {Tak perlu antibiotic.}
Jika hingus berwarna jernih dan ada demam, mungkin jangkitan VIRUS. {Tak perlu antibiotic.}
Jika hingus warna kuning atau hijau dan ada demam, mungkin jangkitan BAKTERIA. {Perlu antibiotic.}
HINGUS PENENTU TAHAP KESIHATAN ?

Terdapat beberapa sebab mengapa adalah amat penting bagi seorang pengamal perubatan mencari simptom yang betul dan tepat supaya dengan itu mereka akan dapat mengenal pasti punca penyakit dan membuat satu diagnosis. Terutama sekali apabila kita mengalami batuk dan selsema.

Sebenarnya, melalui hingus atau lendir dalam hidung, anda boleh mengetahui tahap kesihatan yang sedang dialami. Sama ada ia pekat, jernih atau busuk, semuanya berkaitan dengan warna dan kelikatannya.

Dengan memeriksanya, anda boleh mengetahui apa yang tidak kena dengan kesihatan sendiri. Dibawah adalah 9 jenis warna hingus atau lendir dalam hidung berbeza yang boleh memberitahu tahap kesihatan anda.

1. Jernih dan mengalir

Sekiranya mukus di dalam hidung anda berwarna jernih dan sentiasa mengalir, anda tidak perlu bimbang. Ini bermakna anda seorang yang sihat.

Jenis hingus seperti ini sebenarnya membantu anda membuang habuk dan bahan tercemar yang memasuki ruang pernafasan. Dan ia mengandungi antibodi serta protein yang boleh melawan bakteria dan virus.

2. Jernih dan pekat

Dikenali juga sebagai hingus pekat, ia dipercayai sebagai tanda alahan yang kronik. Ia bukan sahaja akan menutup lubang hidung anda, tetapi juga mampu meluka dan membengkakkan tisu hidung anda. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat kesihatan dan rawatan.

3. Putih

Ini adalah warna biasa lendir yang keluar dari hidung apabila anda mendapat selsema. Warna putih itu menandakan kelembapan telah hilang di dalam hidung anda, menjadikan warna mukus menjadi sama ada putih atau kelabu jernih.

4. Kuning

Sekiranya warna hingus anda berwarna kuning, anda dinasihatkan supaya meminum banyak air dan mendapatkan rehat yang cukup. Ini adalah petanda biasa kepada demam selsema. Warna kuning lendir dalam hidung menandakan sel darah putih telah mati kerana sedang melawan virus yang sedang menyerang. Apabila ia telah selesai menjalankan tugas, ia beralih dan berakhir dalam mukus anda.

5. Hijau

Lendir pekat atau hingus hijau adalah sekutu yang baik melawan demam selsema dan batuk. Ia adalah petanda yang sistem imun anda telah menjalankan tugas dengan baik dalam menangkis sebarang jangkitan. Namun begitu, simptom ini hanya akan berakhir dalam masa 8 hingga 10 hari, dan sekiranya ia berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor. Kemungkinan anda telah mengalami jangkitan bakteria.

6. Merah jambu atau merah

Mempunyai hingus berwarna merah jambu adalah petanda yang tidak baik. Ini bermakna sama ada anda telah tercedera atau diri telah menghembus hidung dengan begitu kuat. Terdapat juga kes di mana pengaliran darah di dalam hidung yang tidak berhenti, yang boleh mengancam nyawa. Anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

7. Coklat

Hingus berwarna coklat terjadi apabila darah lama yang telah mengalir di dalam sistem badan anda menemui jalan keluar melalui hidung dan mula mengering. Ia juga berkemungkinan anda telah terhidu atau tertelan debu atau tanah yang sebenarnya jarang berlaku.

8. Hampir hitam

Melainkan anda menghisap rokok atau ganja, hingus atau lendir di dalam hidung yang berwarna hampir hitam menandakan jangkitan fungus di dalam sistem badan anda. Ini bermakna anda perlu mendapatkan nasihat kesihatan dan berjumpa doktor dengan segera.

9. Melekit, busuk dan tidak berwarna

Mempunyai lendir di dalam hidung atau hingus yang melekit, busuk dan tidak berwarna adalah satu tanda di mana anda mempunyai masalah sinus yang kronik. Peningkatan tahap mukus berlaku berikutan tisu hidung dan tekak yang membengkak dan luka secara berterusan.

sumber: Dr Zubaidi Ahmad, erabaru

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply