Dermoid Cyst – Timbul Rambut, Gigi, Lemak

Dermoid Cyst – Timbul Rambut, Gigi, Lemak

DERMOID CYST

Pada setiap bulan, ovari akan mengeluarkan ovum, iaitu telur wanita, pada hari subur. Pengeluaran ovum ini dinamakan ovulasi.

Sebelum ovum dikeluarkan, ovari akan membentuk kelompong (folikel) yang berisi cecair. Dalam kelompong ini ovum akan menjadi matang. apabila kelompong ini membesar sehingga 20mm, ia akan pecah dan mengelaurkan ovum.

Apabila telur dilepaskan dari folikel semasa ovulasi, saiz folikel biasanya mengempiskan. Kadang-kadang terdapat sedikit cecair terkumpul di dalam folikel, dan membentuk cyst yang mengandungi cecair. Kebanyakan cyst ini akan hilang dengan sendirinya.

Walaupun jika cyst itu berasal dari sel-sel yang disebut totipotential germ cells, (yang hadir semasa kita masih bayi ketika dilahirkan), ia akan membesar dan membentuk sel yang matang seperti rambut, gigi, lemak (wax) dan kuku.

Dermoid cyst ini sangat bahaya kerana strukturnya tidak stabil, ia boleh berpuntal (twisted), pecah, dan mengalami jangkitan kuman.

Ianya tanda kebesaran ALLAH yang mencipta kita, bagaimana ALLAH boleh menumbuhkan rambut dan gigi dalam abdomen wanita.

#wanitasihatdrzubaidi

sumber : dr zubaidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.