Husband selalu gelak tengok gambar saya pakai tudung purple tu., Semunanya sebelum saya buat detox.
berat masa tu hampir 70kg tau. masa tu tak pregnant pun. Arreessa dalam umur 2tahun 5bulan. Masih menyusukan dia.
gambar tudung kelabu masa ni mak anak 2 orang. Maryam berusia 2 tahun.
lama bebenor nak kurus…
biar lama asal dapat…
nak cepat kurus tapi cepat naik balik nak buat apa.. lepas tu stress. dah la die kemain sampai nasi tak makan. makan sayur jekk. sayur pulak tu dah kena racun serangga la. apa zat yang korang dapat? badan banyak toksin.
Feb 2016, berat dalam 63kg. huhuhu
masa tu kami buat health check. sekali terkejutzzz tengok viseral fat bacaannya 9 !!
jangan tak tahu masa pakai tudung purple viseral fat 12 ( HIGH tu)
bacaan 9 masih normal tapi sipi sipi lagi nak masuk zon tinggi.
masa tu jugak cuba buat detox parasit. ok la berat turun la sikit.
paling syiokk adalah bila buat DETOX Shaklee. 3 hari menjadi kambing. korang boleh refer sini menu detox Ainul > http://bit.ly/2b6kjIw
7 hari buat ni berat turun jadi 59kg.
Bila masuk bulan ramadan , buat lagi detox shaklee. Sahur, berbuka tetap makan nasi. makan macam biasa tetapi bila dah buat detox shaklee dulu makan sikit pun dah rasa kenyang.
Aidilfitri 2016 July 2016
latest berat 56kg. misi nak nyahkan 6kg lagi. viseral fat 6 ( normal)
Viseral fat tu apa?
Viseral fat adalah lemak yang ada pada organ badan kita. Orang kurus pun boleh jadi viseral fat dia tinggi. Bayangkan lemak penuh pada jantung kita. Macammana jantung nak pump darah?
Ogos 2017
Terpaksa stop projek detox sebab TERPREGNANT.. hihihii
Bukan senang kurus malah kesihatan kesuburan juga meningkat.
Jadi kalau anda susah hamil lagi la wajib buat detox ni.
Parasit Bahaya Menyerang Sistem Dalaman Badan Manusia

APAKAH PARASIT ?
SIMPTOM-SIMPTOPM JANGKITAN
Toksin Penuh Dalam Badan ? Sangat Bahaya Untuk Kesihatan
Makan macam-macam tapi sistem percernaan tidak berfungsi dengan baik, hasilnya toksin berkumpul dalam tubuh. Bayangkan jika berada lama dalam tubuh, toksin atau racun inilah yang merosakkan fungsi sel dalam badan.
Toksin atau racun dalam tubuh ini sebenarnya bukan hanya melalui pemakanan tapi juga kesan pengambilan ubat-ubatan, udara kotor, radiasi, dehidrasi dan amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok.
Tapi apa yang menakutkan tak ramai tahu bahawa tubuh mereka sebenarnya penuh dengan toksin atau racun. Jika dibiarkan mampu membahayakan organ penting tubuh terutamanya ginjal yang berfungsi menyaring racun dalam tubuh. Sebelum terlambat ada baiknya kita semak tanda-tanda tubuh yang penuh toksin.
- Sering rasa letih- walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.
- Berat badan sukar turun – sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.
- Mulut berbau – walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.
- Sembelit – usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.
- Daya ingatan dan tumpuan yang lemah – selain itu anda juga kerap rasa cemas.
- Alahan dan masalah sinus – ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.
- Masalah kulit – jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.
Kaedah DEtox Dari Tubuh Cara Semula Jadi ? Ada ke ?
Jawapannya adalah detoksifikasi atau detoks iaitu proses pembuangan racun dari dalam tubuh. Ada pelbagai jenis detoks yang boleh anda amalkan.
- Detoks dengan jus buah atau sayuran – Antaranya adalah menggunakan epal, anggur, belimbing, oren, tomato, nanas, kubis, brokoli, lemon dan timun.
- Detoks Air – Minum banyak air putih selain merendamkan kami dengan air, mandi dengan air panas dan juga sejuk.
- Puasa – Sudah diketahui puasa memang satu cara terbaik untuk membuang racun dari tubuh.
- Bekam – Boleh juga mencuba rawatan bekam yang menyedut darah kotor dari beberapa bahagian tubuh.
Bagi yang sudah mengalami tanda-tanda di atas pastikan anda mengambil tindakan sebelum penyakit menyerang.