Diet Pisang Sihat Kuruskan Badan

diet pisang

Diet Pisang. Makan pisang setiap pagi boleh menghilangkan berat sehingga 5kg dalam masa seminggu dan lagi menarik diet cara ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk hasil yang sihat dalam tabiat pemakanan anda. Patutlah diet makan pisang ini menjadi begitu popular selepas Hitoshi Watanabe kongsi menerusi dalam bukunya “The Morning Banana Diet”.

CARA DIET PISANG ?

Pada waktu pagi anda perlu makan pisang sahaja dan minum air pada suhu bilik. Anda boleh makan apa-apa sepanjang hari. Begitu mudah, bukan?Selepas sejumlah besar percubaan yang tidak berjaya menurunkan berat badan, Watanabe memutuskan untuk menulis pengalaman diet yang dia telah cuba sebelum ini.

Orang gemuk biasanya dinasihatkan supaya senaman untuk membakar lebih banyak kalori, tetapi Watanabe membantu mereka mengelakkan penyeksaan pagi dengan mencadangkan penyelesaian yang sangat mudah: makan pisang segar dan minum segelas air pada waktu pagi. Anda juga tidak boleh makan apa-apa sehingga makan tengah hari anda.Pisang sarat dengan kanji tahan yang aktif merangsang proses penurunan berat badan.

BERAPA BANYAK PISANG ANDA PERLU MAKAN UNTUK SARAPAN PAGI ?

  1. Tidak ada peraturan ketat yang perlu anda ikuti, hanya makan pisang cukup yang mana akan membuat anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
  2. Sentiasa minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme anda. Tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih lapar selepas 20 minit, makan pisang lain. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah bukan pisang goreng atau yang dimasak cara lain.
  3. Tak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah sekurang-8 malam. Pergi tidur pada tengah malam, kerana ahli-ahli sains percaya bahawa akan lewat ke tempat tidur dikaitkan dengan obesiti.
  4. Anda boleh makan apa-apa untuk makan tengah hari dan makan malam, dan jika anda berasa lapar di antara waktu makan anda, makan beberapa buah-buahan.

Pisang kaya dengan serat, kalium dan meningkatkan tenaga. Pisang buah yang murah, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal. Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.

Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi kamu akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda. Segelas air pada suhu bilik meningkatkan metabolisme.Elakkan makan selepas jam 8:00 malam dan musnahkan keinginan makan lewat malam. Mengurangkan pengambilan alkohol.Diet pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.

KHASIAT BUAH PISANG YANG RAMAI TAK TAHU

Pisang merupakan buah yang sering kita temui di Malaysia. Ia mudah didapati di semua tempat pada harga yang berpatutan. Pisang sering digunakan sebagai pencuci mulut. Rasanya yang manis menjadi kegemaran ramai. Ia enak dimakan begitu saja ataupun dijadikan ramuan pencuci mulut seperti kuih muih, kek dan sebagainya.

Namun tahukah anda bahawa pisang juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh? Pisang amat baik untuk ibu mengandung kerana ia mampu untuk membantu perkembangan janin. Ini kerana kandungan nutrisi seperti kalium dan juga asid folat. Selain itu pisang juga kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting seperti vitamin C, vitamin B Kompleks, kalium, kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium. Berikut adalah beberapa manfaat pisang kepada kesihatan tubuh.

1. Kaya Kandungan Vitamin Dan Serat

Pisang memiliki 2 kali karbohidrat dan 5 kali kandungan vitamin A dibandingkan dengan buah epal. Pisang juga kaya akan kandungan potassium dengan kadar potassium mencapai 400mg di dalam pisang yang bersaiz sederhana. Oleh itu, pisang wajib digunakan untuk menjaga kesihatan jantung.

2. Sumber Tenaga

Kandungan karbohidrat yang terkandung dalam pisang dapat menjadi sumber tenaga untuk tubuh. Memakan 2 pisang sehari dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan menambah tenaga untuk melakukan aktiviti seharian.

3. Menurunkan Berat Badan

Berita baik untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, pisang adalah jawapannya. Kalori yang rendah menyebakan ia sesuai untuk dimakan kerana dapat membantu menurunkan berat badan.

4. Mengubati Jerawat

Cara-cara untuk mengubati jerawat dengan menggunakan pisang ialah hancurkan buah pisang yang telah masak dan sapukan pada kulit wajah yang bermasalah jerawat. Biarkan selama beberapa minit dan biersihkan menggunakan air. Ulangi cara ni selama beberapa hari sehingga jerawat hilang dan kulit menjadi bersih.

5. Mengurangi Rasa Sakit Ketika Haid

Masalah sakit ketika datang bulan dapat diatasi dengan memakan buah pisang. Perbanyakan memakan pisang sewaktu sedang haid bagi mengurangi kesakitan yang dialami.

6. Mengubati Sembelit

Pisang dapat digunakan sebagai alternatif rawatan kepada masalah sembelit. Pisang dapat bantu memperlancarkan pembuangan air besar. Pisang berupaya untuk melembutkan najis yang merupakan penyumbang kepada masalah sembelit

7. Mengatasi Gatal Akibat Gigitan Nyamuk

Masalah kegatalan akibat gigitan nyamuk sangatlah mengganggu. Namun kegatalan itu dapat dikurangkan dengan menggunkan kulit pisang. Caranya, ambil kulit pisang dan sapukan secara perlahan ke bahagian yang terkena gigitan nyamuk.

8. Meningkatkan Mood

Memakan sejumlah buah pisang bermanfaat untuk membantu menaikkan mood seseorang sehingga mood menjadi stabil dan kurang tekanan.

sumber: beritadinding

Tips Memilih Pisang

Bintik hitam pada pisang ranum menghasilkan bahan semulajadi dipanggil “Tumor Necrosis Factor” (TNF) yang membantu memusnahkan tumor barah. Ketika pisang sudah ranum, tahap antioksida meningkat dan membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh dan meningkatkan sel darah putih

Kandungan TNF itu yang menyebabkan bintik2 hitam pada kulit pisang. Semakin byk bintik hitam maka semakin byk pula kandungan imun TNF yang terkandung dalam pisang.

Buah pisang adalah antara buah kegemaran rakyat Malayasia. Semasa pilih buah, kebanyakan antara kita akan pilih buah pisang cantik. itu perkara yang biasa. Penggunaan bahan kimia seperti calsium carbide akan memanjangkan tempoh pematangan buah pisang dan mengelakkan daripada buah cepat rosak. Tetapi penggunaan bahan kimia seperti ini pada paras yang tinggi akan memberi kesan buruk pada kesihatan manusia.

Pisang yang masak secara normal kebiasaannya berwarna kuning gelap dan mempunyai bintik-bintik berwarna coklat atau hitam. Batangnya juga berwarna hitam atau gelap sedikit .

Pisang yang direndam atau diperam menggunakan carbide pula berwarna kuning cerah dan batangnya berwarna hijau tanpa sebarang bintik-bintik hitam

Diet makan pisang di waktu pagi sebelum sarapan pagi adalah satu jenis diet yang sangat POPULAR di Jepun pada tahun 2008 sehingga pernah kehabisan stok pisang gara-gara semua ingin kurus.

Diet pisang ini telah dipopularkan oleh seorang pengamal perubatan Tradisional, Hitoshi Watanabe yang telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 18kg dengan hanya memakan pisang dan air hangat.

Metodologi diet pisang ini telah dicipta oleh si isteri, Sumiko Watanabe merupakan seorang Ahli Farmasi di Osaka, Jepun dan diet ini menjadi begitu popular “Worldwide Trending” pada tahun tersebut.

Pisang yang digunakan dalam diet ini hanyalah Pisang Cavendish (Import) atau Pisang Berangan (Tempatan). Buah pisang ini mengandungi fiber tinggi yang membuatkan anda berasa kenyang dan kurang selera makan.

Untuk melakukan diet sarapan pisang, anda perlu minum segelas air putih hangat terlebih dahulu di pagi hari saat perut kosong. Setelah satu jam, makanlah dua biji buah pisang dan minum air putih lagi.

Jangan terburu-buru segera makan makanan yang lain. Pisang yang dimakan harus dalam keadaan buah pisang asli (tidak diolah menjadi bentuk makanan lain.)

Selepas 30 minit anda masih lapar, anda boleh makan makanan lain. Makanlah secukupnya seperti biasa yang anda lakukan selagi tidak melanggar pantang larang.

Untuk makan malam, paling lewat anda perlu berhenti makan malam pada jam 8 malam. Anda juga harus menghindari minum alkohol dan susu selama melakukan diet makan pisang ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply