DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Diet Pisang Untuk Kurus

Diet Pisang Untuk Kurus

Diet makan pisang di waktu pagi sebelum sarapan pagi adalah satu jenis diet yang sangat POPULAR di Jepun pada tahun 2008 sehingga pernah kehabisan stok pisang gara-gara semua ingin kurus.

Diet pisang ini telah dipopularkan oleh seorang pengamal perubatan Tradisional, Hitoshi Watanabe yang telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 18kg dengan hanya memakan pisang dan air hangat.

Metodologi diet pisang ini telah dicipta oleh si isteri, Sumiko Watanabe merupakan seorang Ahli Farmasi di Osaka, Jepun dan diet ini menjadi begitu popular “Worldwide Trending” pada tahun tersebut.

Pisang yang digunakan dalam diet ini hanyalah Pisang Cavendish (Import) atau Pisang Berangan (Tempatan). Buah pisang ini mengandungi fiber tinggi yang membuatkan anda berasa kenyang dan kurang selera makan.

Untuk melakukan diet sarapan pisang, anda perlu minum segelas air putih hangat terlebih dahulu di pagi hari saat perut kosong. Setelah satu jam, makanlah dua biji buah pisang dan minum air putih lagi.

Jangan terburu-buru segera makan makanan yang lain. Pisang yang dimakan harus dalam keadaan buah pisang asli (tidak diolah menjadi bentuk makanan lain.)

Selepas 30 minit anda masih lapar, anda boleh makan makanan lain. Makanlah secukupnya seperti biasa yang anda lakukan selagi tidak melanggar pantang larang.

Untuk makan malam, paling lewat anda perlu berhenti makan malam pada jam 8 malam. Anda juga harus menghindari minum alkohol dan susu selama melakukan diet makan pisang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat