DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Diet Tapi Berat Statik

Diet Tapi Berat Statik

“BERAT BADAN TURUN SEKEJAP BILA MULA DIET, LEPASTU TAKAT TU JE, KENAPA YE?”

Ianya dikenali dengan fasa ‘plateau’.

Masalah berat badan ‘plateau’ atau statik sering dialami oleh individu yang ingin mengurangkan berat badan. Ramai yang kecewa dan berputus asa apabila sampai di tahap ini.
Anda rasa walaupun makan dengan berhati-hati dan bersenam secara teratur, berat badan anda tetap tidak berganjak. Kenapa?

Penjelasannya begini, semasa beberapa minggu pertama anda mula diet, berat badan akan menurun dengan cepat, dan ianya adalah normal.
Penurunan ini terjadi apabila anda mengurangkan kalori, badan mendapat tenaga yang diperlukan pada mulanya dengan melepaskan glycogen, sejenis karbohidrat yang terdapat pada otot dan hati.

Glycogen sebahagiannya diperbuat daripada air, jadi apabila glycogen dibakar untuk tenaga, ia menyingkirkan air dan mengakibatkan penurunan berat badan yang kebanyakannya daripada air.

Walaubagaimanapun, dalam cubaan anda menurunkan berat badan, anda turut kehilangan sedikit jisim otot bersama-sama dengan lemak.
Kebolehan membakar kalori(metabolisme), bergantung kepada jisim otot.

Jadi, apabila anda menurunkan berat badan, metabolisme anda menurun. Bermaksud pembakaran kalori turut menurun dan tak banyak macam sewaktu mula-mula berdiet (iaitu waktu jisim otot anda masih banyak dan tak terkesan dengan diet)

Jadi setakat ni anda faham? Atau masih kurang jelas?

Metabolisma yang perlahan akan melambatkan penurunan berat badan.
Oleh itu, jika anda mengambil kalori seperti keadaan metabolisma badan sebelum ini iaitu sewaktu permulaan diet, anda tidak akan dapat menurunkan berat badan dengan lebih lagi, dan terjadilah fasa ‘plateau’.

Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu menambah aktiviti fizikal supaya ada peningkatan metabolisma badan, atau anda boleh mengurangkan kalori yang anda makan, atau kedua-duanya sekali.
Sila kira jumlah pengambilan kalori seharian mengikut berat badan yang TERKINI dan basal metabolic rate (BMR) yang TERKINI.

Semoga bermanfaat.

Kredit: Jomsayheart Nutrition Consultancy

Leave a Reply

%d bloggers like this: