Diet Untuk Sugar Burner

Diet Untuk Sugar Burner

Diet Untuk Sugar Burner. Orang sugar burner ni body dia tak reti nak guna lemak badan sendiri untuk dibakar jadi tenaga. Punca dia sebab gula tinggi dalam badan.Akibatnya hormon kenyang dah tak berapa nak aktif dan sensitif. Thats why susah nak kurus dan struggle bila cuba nak diet

Diet Untuk Sugar Burner

Uols kena train hormon kenyang supaya aktif dan lenyapkan craving. Blh amalkan keto diet, dan Intermitten fasting sebagai lifestyle dan buat IIF 2 kali seminggu.

Intermitten fasting macam biasalah 14 jam – 18 jam sehari.

Isnin khamis buat Islamic Intermitten fasting (IIF)= puasa ganti + Intermitten fasting.

Contoh:
Stop makan 7 petang Ahad
Isnin niat puasa ganti atau sunat
Berbuka jam 7.30 petang

Tujuan dia nak switch body kita dari sugar burner kepada fat burner. Supaya bila makan otak kita cepat dapat signal kenyang. Tak rasa nak makan bukan bukan dah.

Nikmat puas makan level langit ke tujuh. Sampai pandang kek, roti, ice blended, sambal petai boleh bolayan syuh syuh.

Diet atkins pun sgt disarankan bg peminat daging.

Menurut Dr. Eric Berg who specializes in healthy ketosis and Intermitten fasting, tanda-tanda seseorang itu sugar burner:

1️⃣ Tak boleh tak makan nasi atau roti badan jadi lemah menggeletar. (Carbohydrate craving)
2️⃣ Mulut tak berenti nak mengunyah, tercari cari jajan.
3️⃣ Mengantuk lepas makan, lemau walaupun cukup tidur.
4️⃣ Kepala asyik ingat makan je, baru selesai sarapan dan fikir nak makan apa tengahari.
5️⃣ Kerap lapar, kena makan 2 ke 3 jam sekali.
6️⃣ Mood tak stabil, kitaran haid tak teratur atau PCOS.
7️⃣ Suka manis-manis, makan nak sedap je.
8️⃣ Perut buncit ukur lilit lebih dari 35″ (wanita), 40″ (lelaki)
9️⃣ Susah turun berat badan walau hari-hari bersenam macam nak mati.

METABOLIC FLEXIBILITY

Sebuah lori yang membawa 10ribu litre petrol akan berhenti bergerak bila tangki petrol kecilnya kehabisan minyak.

Namun manusia boleh bergerak bila tangki gula dalam bentuk glycogen di hati nya yang mempunyai 100gram gula kehabisan gula.

Badan akan mula menukar sistem pembakaran dari mengunakan gula yang limited sumbernya kepada mengunakan lemak yang jauh lebih banyak sumbernya.

Shifting dari kebiasaan mengunakan gula sebagai tenaga pada mengunakan lemak simpanan sebagai tenaga di kenali sebagai “fat adaptation”.
Ia memerlukan latihan untuk menjadikan badan cekap mengunakan fuel dari kedua2 sumber ini.

Sebaik saja kehabisan gula ,kita ingin badan dengan selesa mengunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Kebolehan ini dikenali sebagai “metabolic flexibility “.

Intermittent fasting dan pelbagai kaedah fasting akan membantu anda mendapatkan engin baru ini untuk menambah performance anda.

Stay Connected

#Zentse
#Kalislab

3 SENAMAN STEADY STATE CARDIO YANG MEMBAKAR LEMAK

1) BERJALAN- yang ini biasanya tidak dipedulikan kerana ia senang sangat dan selalu kita lakukan sampai kita tidak perasan ianya boleh menolong kita untuk menurunkan berat badan, kalau kita lakukan setiap hari ia bukan sahaja baik untuk membakar lemak, tapi boleh sihatkan jantung kita, Coach rekomen 30-45min setiap hari

2) Farmer’s Walk- Berjalan dengan beban adalah seperti masa kita bershopping dan manfaatnya bukan sama seperti berjalan sahaja, kekuatan asas kita boleh “improve” dengan keseluruhan. Coach rekomen 15-30min setiap 2-4 kali seminggu berserta dengan senaman beban untuk kebaikan yang lebih (rehat secara patut semasa melakukan senaman ini supaya tidak senang cedera)

3) Leopard Crawl- kebanyakan orang tidak pandang pada merangkak kerana ingat pada masa bayi dan tidak rasa ianya patut dibuat sangat, tetapi merangkak adalah senaman yang paling cepat kita boleh tingkatkan koordinasi badan, kekuatan badan dan sama juga dengan membakar lemak secara efektif. Coach rekomen melakukan senaman ini setiap hari untuk 10min (orang yang baru boleh membuat senaman ini yang senang lagi dengan merangkak seperti bayi dulu)

@strikeacademyfma
@hikarimmagym

#steadystatecardio #fitnessmalaysia #crawl #walk #farmerswalk #membakarlemak #kurussihat #strikeacademy #hikarimma

Cara Diet Yang Betul Mengikut Cara “Eat Clean”

Cara diet yang betul ini sangat berguna untuk mereka yang nak dapatkan berat badan yang ideal.Cara diet yang betul bukannya dengan tidak makan nasi dan sarapan pagi.Cara tersebut salah dan tidak betul.Cara diet yang betul ialah sentiasa mengamalkan makanan seimbang mengikut keperluan kalori dalam tubuh sesorang.

Keperluan kalori bagi lelaki dan perempuan ni tak sama.Ini kerana,lelaki lebih banyak mengeluarkan tenaga daripada perempuan,menyebabkan lelaki perlukan lebih kalori.Sebelum nak berdiet,langkah pertama ialah kita timbang berat badan terkini dahulu dan rekodkan.

Kalau tak timbang,macam mana nak tahu perubahan pada berat badan kita kan.Belila penimbang berat,yang murah-murah pun takpa.Yang kedua perlu ada pita pengukur. Tujuannya untuk ukur saiz pinggang dan perut kita.

1. Sarapan pagi wajib! anda minum air putih segelas, sarapan 2 biji telor rebus dan sekeping roti wholemeal gardenia purple untuk lebih kenyang sampai lunch. Kalau lapar sebelum lunch, boleh makan sebiji epal hijau.

2. Time lunch, boleh ambil segengam nasi atau satu senduk, lauk berprotein dan lebihkan sayuran. Nasi boleh makan beras putih kalau boleh beras siam atau beras basmathi atau beras perang. Ikut mana korang selesa. Jangan beras putih murah tempatan tu. Karbohidrat dan gula tinggi.Protein pula aku pilih bahagian dada ayam dan ikan yang tak digoreng. Cara masak, rebus, bakar dan grill.

3. Sayur pulak aku pilih yang rendah kalori dan selalunya aku makan timun, broccoli dan bayam. Broccoli dan bayam tu aku rebus atau stim je.

4. Makan malam kalau boleh sebelum jam 7 petang. Pandai-pandai la set alarm dekat handphone. Boleh ulang set hidangan lunch tadi. Kalau lapar sebelum 7 petang boleh makan buah.

5. Buah-buahan yang terbaik untuk diet ni boleh ambil tembikai, nenas, epal hijau dan jambu batu. Jangan letak serbuk asam pula. Ada gula dalam tu.

6. Sebelum tidur makan sepotong atau sebiji buahan-buahan.
Hari Sabtu dan Ahad waktu pagi perlu jogging/berbasikal selama 30 minit ke 1 jam.

7. Elakkan air manis, coklat, aiskrim, makanan bertepung berminyak, fast food dan kerepek.

8. Setiap malam lepas balik kerja,amalkan bersauna untuk keluarkan peluh dan toxic dalam badan selama 15-20 minit.Tak perlu la nak pergi spa,sauna di rumah pun dah cukup.Motif utama ialah nak bakar kalori dan keluarkan peluh.

6 cara untuk dapatkan metabolisma yang optima

1. Buat strength training. Otot dapat membantu bakar lebih kalori.

2. Lebihkan pergerakan. Aktiviti selain bersenam dapat membakar lebih kalori seperti berjalan dan mengemas rumah.

3. Utamakan sumber protein. Protein dapat membakar lebih kalori.

4. Elak daripada buat kardio berjam-jam. Kardio yang melampau dapat jejaskan otot.

5. Tidur cukup 7-9 jam jika mampu. Orang yang kurang tidur mempunyai otot yang kurang berbanding cukup tidur.

6. Amalkan cheat day sekali sekala. Beri ganjaran kepada diri sendiri setelah sekian lama diet. Membantu jadi consistent untuk jangka masa yang panjang.

Your Online Fitness Coach
y b t

PS. Mula kurangkan berat badan dengan cara yang optima, follow: www.instagram.com/yourbrotaufiq

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply