DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Doa Badan Kuat

Doa Badan Kuat

Jadikan Doa Ini Amalan Bagi Orang Lelaki Kalau Lemah Tenaga Batin

Saya pun tak tahu kenapa orang lelaki sekarang ini bila umur dah meningkat 40an keatas ramai sangat bermasalah dengan tenaga lelaki.
Kita sebagai lelaki melayu kena belajar dulu barulah boleh berkahwin, ini bila sudah berkahwin dan bermasalah dengan penyakit ini baru nak mencari orang tua-tua.
Di sini saya nak ajar doa yang mudah dan senang buat lelaki melayu kita ini.

Cari daun sirih yang bertemu urat atau ruas tiga helai lalu di tulis wafaq seperti di yang saya tulis itu kepada tiga-tiga helai daun sirih itu pada malam Khamis dan Jumaat dan baca Bismillah tujuh seperti yang saya tulis itu tiga kali.

Baca pada setiap ayat itu hendaklah di niatkan keatas diri kita
Ayat yang pertama pada Roh.
Ayat ke dua untuk badan.
Ayat ke tiga untuk darah.
Ayat ke empat untuk daging.
Ayat ke lima untuk urat saraf.
Ayat ke enam untuk kulit.
Ayat ke tujuh untuk tulang.

Kemudian makan sedikit ketiga-tiga daun sirih itu dan selebihnya sembur kepada alat lelaki itu.
Buat tiap-tiap minggu, In Sha Allah akan pulih semula lelakinya.
Sesiapa yang nak menerima ilmu ini hendaklah membaca Al- Fatihah dan hadiahkan kepada arwah guru yang mengajar saya dulu tuan guru Hj Ahmad Nahu.

Kredit: Md Rosdi Hasan

Leave a Reply

%d bloggers like this: