Dodol Buat Anda Kurus ?

dodol buat anda kurus

Dodol Buat Anda Kurus ? hahaha, ini kalau baca, korang mesti salahkan aku punya, Dodol yang berlemak, inti sedap, boleh buat orang KURUS ? Apa cerita ini Faiz ? Hooo, oklah, semua orang tahu yang Dodol ini memang sedap, makan banyak jawabnya kalori banyak, tak detoks balik, habislah badan naik. Tapi nak tahu tak macam mana Dodol ini boleh buat anda KURUS ? huhhuu jom tengok gambar bawah ini.

Penat Kacau DODOL ?

Hahaha, oklah, aku nak flashback balik, masa kami geng SUPERMOM ini , buat projek kuih raya, projek video raya, antara aktiviti penting kami sebelum puasa ialah mengacau Dodol. Jadi ketua chef itu ialah Mak Kak Miah Nurqaseh, hahaha, habis kami kena marah. Aku ingat orang dalam tv tu kacau dodol macam senang je.

Rupanya, hahaha, gila kena kuat, sebab kalau tak kacau , habis dodol tu berkerak. Nak kacau dodol ini rupanya kena lama, lepas tu dengan dodol tu makin keras, memang kena lagi kuat kacau tuh, jangan sampai berkerak. hahhaha. 

Apa Yang Bagusnya Kacau DODOL ?

Macam aku cakap tadi, kalau ko kacau dodol 8 jam, perlukan ketahanan, dan juga, dodol tu makin lama makin susah, jadi kekuatan tu perlu ditambah. Kalau nak diibaratkan, kau kacau dodol ini, dah lah bakar banyak kalori, tapi apa yang best sebenarnya, kau akan rasa kesan Afterburn Effect. Apa itu Afterbun Effect ? Lebih kurang bahasa orang putih 

The “afterburn effect,” also called “excess post-exercise oxygen consumption” or EPOC, refers to the correlation between the number of calories burned post-exercise and the activity’s intensity. Research generally suggests that the longer and more intense the exercise, the more oxygen the body consumes afterward, meaning a higher sustained metabolic rate and thus more calories burned after the activity” -http://greatist.com/afterburn-effect

Ko nampak tak ? Lepas kacau dodol itu, kalori ko boleh terbakar, walaupun ko tak pegang dah kayu kacau dodol tuh. Itulah powernya, hahaha, sebab itu ko tengok orang yang banyak buat kerja berat ini, dekat kampung, badan semua ok, baik punya. hahhaha, jadi tak perlulah nak daftar gym semua. 

Faedah Latihan Kekuatan Untuk Kurus

Best jugak kalau korang rajin baca blog orang putih ini. Selain dari aku kata pasal afterburn effect , ada banyak lagi faedahnya. Oklah, 7 faedah yang aku ambil dari blog Coach Calorie ini ialah

  1. Menggalakan hormon yang membantu menghilangkan Lemak
  2. Meningkatkan Metabolisme
  3. Meningkatkan lagi kadar pembakaran lemak
  4. Meningkatkan keyakinan diri
  5. Memberikan Afterburn Effect kepada badan 

Lepas Ini Kena Kacau DODOL ?

Takpalah, hahaha, tak ingat juga, kalau tak biasa boleh serik woo kacau dodol ini. Tapi kalau jenis lantak dodol banyak-banyak, boleh pulak jadi gemuk. Makan banyak dodol time raya, yang tu kenalah cari penawar lain pulak, huhuhu, penat sungguh haritu, sampai kena sakat dengan mak kak miah !!!

rehat membakar kalori

4 Tips Nak Dapatkan Berat Badan Ideal

hoiyo Naja DAH KURUS !!!! Terkejut kawannya Kamarudin, yang melihat naja telah turun 30kg, walaupun Din dah berlari lari sampai 100km, semua marathon Kamarudin dah masuk, tapi Naja rilek je dah kurus, tanpa masuk pertandingan. Apa rahsia dia ? Badan dia pun orang dah cakap macam MALEK NOR, Zainul pun cemburu.

Alhamdulillah, yang kat atas tadi tu sebenarnya ialah cerita masa mega seminar ASB haritu. Oklah, yang tu , adalah cerita rekaan, watak di atas hanya rekaan semata-mata. Jom kita tengok apa tips yang best tuh. Oklah kalau nak best lagi, jom kita tengok apa yang boleh kita buat kalau nak badan cunz dan seksi. Sementara tuh, kalau nak tips best, boleh juga refer blog awek ni, dia pun ada tips best jugak

Tips 1 – SENAMAN

Senaman yang kerap memang bagus dan boleh membakar lemak dengan baik. Tapi nak lagi bagus, korang mesti kena tahu kuasa Afterburn Effect. Apa benda ini ? Kalau korang faham betul-betul, afterburn effect ini ialah kesan pembakaran kalori selepas kita bersenam. Hooo, kalau kita buat senaman yang betul, kita bukan sahaja membakar kalori semasa bersenam, malah selepas bersenam pun boleh bakar banyak kalori, dan ini formula rahsia orang yang nak kuruskan badan dengan cepat dan berkesan. 

Tips 2 – PROTEIN 

Hooo tips kedua ialah memelihara otot dengan pengambilan protein yang bagus. Kalau nak lebih bagus, ambil protein yang mengandungi LEUCINE. Apa itu ? leucine adalah salah satu asid amino yang penting untuk memelihara otot semasa dan selepas kita bersenam. Biasanya, orang yang mengalami diet yoyo ialah orang yang mengalami penyusutan jisim otot, dan bukannya lemak. Jadi pengambila leucine membantu memelihara jisim otot yang meningkatkan metabolisme untuk membakar lemak.

Tips 3 – OMEGA -3

Hahhaha, macam bunyi madu 3 pun ada, tapi itulah yang hebatnya, selain dari kesihatan keseluruhan, bagusnya omega-3 ni banyak, korang boleh dapat antibodi yang sihat dan jarang demam macam adik ipar saya. Tapi nak ceritalah, Ainul nampak kurus, masa pregnant dan selepas pregnant, badan kembali cun selepas ambil minyak ikan.

Tips 4 – TIDUR

Hhahaha, tidur mesti cukup, dan lebih penting mesti berkualiti. Banyak faedah kalau kita tidur dengan konsisten, dan pentingkan kualiti tidur. Antara yang diperkatan ialah tentang hormon lapar. Kalau orang yang kurang tidur, hormon lapar ini akan membuatkan kita rasa nak makan banyak. Kalau orang yang tidur lambat, dia ini akan terlebih suka makan makanan ringan yang confirm tak sihat.

TIPS EXTRA

Banyak lagi tips extra dalam blog ini, takpalah kalau nak tahu tips extra nak kuruskan badan, apa kata kita tengoks satu persatu apa tips extra yang ada, beserta dengan link untuk ke post berkenaaan.

  1. Aktiviti Fizikal -ketahui jadual untuk aktiviti mingguan kita sebagai seorang pekerja atau suri rumah ataupun artis rock tanah air.
  2. Ketahui Konsep BMI – Ketahui cara nak kira BMI yang betul dan faktor lain yang membantu nak dapatkan BMI yang baik. Selain itu, ketahui juga beberapa jenis pengiraan yang lain.
  3. Minuman Detox – Jangan lupa juga ada minuman yang bagus untuk detox badan kita dari toksin dan membantu membuat badan kita kekal sihat dan bertenaga
  4. Pengiraan Kalori – kena tahu juga konsep pengiraan kalori yang betul, ianya membantu untuk membentuk diet yang seimbang lagi sihat

TIDUR LEWAT MENGGANGGU PROSES PELANGSINGAN & MUDAH GEMUK

Setiap wanita impikan tubuh badan yang langsing dan kulit cantik seperti selebriti Korea. Sebenarnya ada cara paling mudah untuk tampil cantik tanpa keluarkan duit pun.

Caranya anda hanya perlu tidur sebelum jam 11 malam. Ini kerana jika anda tidur lebih jam 11 malam hingga 3 pagi, anda cenderung untuk makan kudap-kudapan berlemak selain minuman manis.

Tabiat buruk itu beri kesan pada metabolisme tubuh dan mengganggu proses pelangsingan. Patutlah tak kurus-kurus.

Menurut kajian yang dilakukan ke atas 85,000 responden oleh produk Jawbone, mereka yang tidur sebelum jam 11 malam lebih banyak mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding mereka yang tidur selepas jam 11 malam.

KULIT JADI KUSAM, BERJERAWAT & BERMASALAH JIKA SUKA TIDUR LEWAT

Selain mengganggu proses menguruskan badan, tabiat berjaga hingga lewat malam membuatkan kulit menjadi kusam, mudah berjerawat dan kering.

Kajian juga mendapati, sekiranya anda amalkan rutin masuk tidur sebelum jam 11 malam selama setahun, ia mampu menurunkan berat badan sehingga 3 kilogram tanpa perlu berdiet.

Sumber: Vanilla Kismis

Tahukah anda tidur lewat selepas jam 11 malam akibat hati cepat rosak. dodol buat anda kurus ?

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply