DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Doktor Jururawat Burnout

Doktor Jururawat Burnout

KRITIKAL. Sedihnya. Lebih separuh daripada doktor dan jururawat mengalami gejala burnout sewaktu pandemik C19 ini.

Anda telah saksikan video klip viral keadaan terkini hospital-hospital, klinik kesihatan, dan CAC. Ianya adalah benar. Bukan Fake News. Ada yang kritikal. Dapat dilihat penatnya frontliner berdepan suasana yang getir ini.

Terbaharu, sebuah kajian daripada Universiti Sains Malaysia terhadap anggota kesihatan di Malaysia menunjukkan lebih separuh doktor mengalami gejala burnout. Burnout dikalangan pekerja selalunya terjadi apabila sesebuah tempat kerja mempunyai keadaan stress yang kronik dan tidak berjaya diselesaikan oleh majikan.

Antara gejala kronik tersebut adalah lemah, tidak bermaya, stress, kemurungan, berfikiran negatif kepada kerjaya, dan pelbagai lagi gejala lain. Kajian lain sebelum ini menunjukkan burnout boleh menyebabkan kesan negatif seperti pengurangan kualiti, layanan pesakit, profesionalisma, keselamatan pesakit, dan peningkatan kesilapan semasa merawat.

Kesan terbesar adalah lumpuhnya keseluruhan institusi perubatan kita. Kesan burnout bukan sahaja terjadi pada doktor dan jururawat. Menurut kajian tersebut, kebanyakan anggota kesihatan termasuk Penolong Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penolong Pengawai Kesihatan Persekitaran, Pegawai Makmal, Dietician, juga mengalami gejala burnout.

Kami selalu tertanya-tanya, bila tiada yang sihat, siapakah yang akan memajukan ekonomi? Moga sistem kesihatan kita tidak lumpuh.

Leave a Reply

%d bloggers like this: