Duit Boleh Dicari, Pengalaman Sukar

Duit Boleh Dicari, Pengalaman Sukar

Semalam ayah saya hantar gambar ni.

“Gambar London”

London, 6 tahun lalu.

Inilah tempat kedua di luar negara yang saya jejak kaki, selepas Arab Saudi (umrah) 4 tahun sebelumnya.

Sebelum tu saya tengok kawan2 pegi overseas tapi takde rasa nak pegi pun. (Ada la rasa, bohongla kata takde, tapi terpaksa nafikannya). Pertama, sebab duit. Kedua, sebab ada benda yg lebih penting nak dibuat dengan duit. Ketiga, sebab takde duit jadi kita duduk diam2. Eh, macam semua pun temanya duit aje 😌

Nak jadi cerita tahun 2010 suami saya ditugaskan utk membuat presentation di sebuah event oil&gas di London. Masa tu saya cuti tanpa gaji.

Suami tanya “Nak ikut tak?”

Saya, fikirkan duit lagi. Masatu anak kami dah 2 orang. Mesti nak kena bawa.

Suami kata “Takpe, kita bawa semua. Bawa Mak sekali”

Haaaaaa. Lepas dikira2 perbelanjaan semua… Pendekata memang rabak habislah. Tapi suami kata takpe, nanti kita kumpul balik.

Antara dua tu. Nak London ke nak duit. Lagipun masa tu saya baru je berputik dengan bisnes yg saya usahakan sekarang. Macamana nak tinggal ni

Fikir-fikir…

OK London.

Dipendekkan cerita berangkatlah kami sekeluarga ke London. Nak jadi cerita, kapal terbang tak boleh landing di Heathrow, tepaksa landing di Schiphol. Ambil pula tren dari Amsterdam ke London.

Seminggu di London sangat ubah persepsi.

Sangat tak menyesal dan tak rugi walaupun habis duit simpanan untuk belanja di London. Dan walaupun tak ada line internet tapi saya tetap dapat SMS dan call dari customer.

Seminggu tu terasa hilang semua masalah saya. Maklumlah hadapi masalah lebih besar kat sana.

✔️ Flight tak sampai ke London, kena fikir macamana nak sampai ke sana pula. Bagi first-timer mula2 mmg blank tapi kena cepat cari solusi sebab esoknya event suami dah mula.
✔️ Sesat. Biasalah kita di tempat asing. Saya ni di KL pun sesat juga, walaupun pakai GPS pun sesat (GPS = guna pun sesat).
✔️ Travel dgn anak kecil. Yg sulung 3 tahun, yg no 2 setahun setengah. Nasib lah yg no 2 OKU jadi dia takdelah nak berjalan2. Selamat tak payah kejar.
✔️ Anak jatuh. Yang no 2 tu jatuh head first dari katil yg tinggi. Lepas tu dia terus lembik. Panik tak panik lah! Duk fikir mana hospital terdekat! Alhamdulillah lepas tu tiba2 OK.

Dan yang penting ia benar2 ubah persepsi tentang duit.

✔️ Duit boleh dicari, pengalaman tak boleh dibeli.
✔️ Rezeki Allah tidak tertakluk pada apa yg ada dalam perancangan kita saja. Bila kita ‘invest’ untuk sesuatu yg membangun diri, kita akan dapat balik sesuatu yg di luar batas pemikiran.
✔️ Bila kita rasa ‘tak mampu’ sebab takde duit, semacam kita letakkan keputusan hidup kita kepada duit. Duit pula yg jadi raja kita.
✔️ Gembirakan mak ayah dgn duit kita walaupun mereka lebih kaya dari kita. Bila kita beri duit atau elaun kpd mak ayah yg kaya, bukan utk menyara mereka tapi utk beri mesej “Mak ayah jgn risau, saya boleh berdikari tak susahkan sesiapa”. Secara tak langsung diorang tak risau psl kita & takde fikir yg bukan2.

Allah tidak pernah bebankan kita dgn sesuatu yg kita tak mampu tanggung. Bila Dia beri kita ilham untuk berimpian, apa yg ada dalam impian kita, itulah yg mampu kita capai. Tinggal bahagian kita ‘nak buat ke tak?’ je.

Bila kita decide nak buat, buatlah betul2 dgn tekun dan sabar. Ingat pada Allah. Jgn pernah buruk sangka kerana Allah Maha Tahu segalanya.

Jangan biarkan duit yang jadi penentu kehidupan kita. Duit cuma alat untuk membantu kita hidup dengan selesa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.