DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Ensefalitis Otak

Ensefalitis Otak

Ensefalitis adalah radang akut di otak yang disebabkan oleh jangkitan kuman atau komplikasi daripada penyakit lain seperti penyakit anjing gila (virus) atau sifilis (bakteria). Malah, terdapat laporan yang mengaitkan virus korona dengan penyakit ini. Ia boleh berlaku tanpa mengira usia, jantina dan etnik.

Gejala yang berlaku termasuklah sakit kepala, loya, ketidakupayaan untuk bertutur dan mengawal pergerakan serta sawan. Pengesanan dan rawatan awal boleh mengelakkan daripada komplikasi yang lebih serius seperti kecacatan otak kekal dan menyebabkan kematian.

Hari Ensefalitis Sedunia disambut pada 22 Feb setiap tahun untuk memberi kesedaran tentang penyakit ini dan memberi sokongan kepada mereka yang terkesan dengan penyakit ini.

#worldencephalitisday
#kkm

Leave a Reply

%d bloggers like this: