DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Fakta Kluster Sivanggga

Fakta Kluster Sivanggga

Apa yang anda perlu tahu mengenai Kluster Sivagangga

✅ Kes indeks pertama bagi Kluster Sivagangga, India merupakan seorang pemastautin tetap yang pulang ke Malaysia dari India pada 13 Julai lalu.

✅ Individu tersebut itelah diarah menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) namun demikian, individu itu TIDAK mematuhi syarat perintah itu.

✅ Indeks kes kluster itu merupakan seorang pemilik kedai makan, 4 pekerja kedai makan tersebut dan 1 ahli keluarga dikesan positif

✅ 2 orang pelanggan dari restoran turut dijangkiti dan menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain

✅ Pihak polis telah menggesa orang ramai yang makan di kedai nasi kandar di Napoh di antara 13 hingga 24 Julai lalu, untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

✅ Sehingga 2 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 313 orang telah disaring. Daripada jumlah ini, 20 kes dikesan positif COVID-19, 280 negatif dan 13 kes masih menunggu keputusan ujian.

✅ Kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.

✅ MKN Kedah telah mengarahkan 5 buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini.

Masyarakat terus disaran untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Teruskan berjuang, Covid-19 masih ada diluar sana dan boleh menjangkiti sesiapa tidak mengira bangsa, taraf ekonomi, umur dan apa jua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.