Faktor Risiko Kegemukan

murung dekat pokok

Faktor Risiko Kegemukan (Obesiti) . Mengapa obesiti berlaku? Apakah faktor penyumbang kepada obesiti?

Faktor risiko obesiti adalah

Umur – Peningkatan umur akan menyebabkan kadar metabolisma menurun. Oleh itu kenaikan berat badan akan ketara walaupun tiada sebarang pertukaran dan penambahan di dalam tabiat pemakanan dalam aspek jumlah, jenis dan kekerapan.

Gender – Kaum wanita mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadi obese berbanding dengan lelaki. Ini adalah kerana wanita mempunyai kadar metabolisma yang rendah berbanding kadar metabolism yang tinggi di kalangan kaum lelaki. Masalah obesiti ini akan menjadi meruncing apabila wanita mencapai menopause.

Aktiviti fizikal – Kurang melakukan aktiviti fizikal dan tidak menjaga pemakanan adalah faktor yang sangat penting di dalam peningkatan obesiti.

Faktor psikologi – Ramai individu yang makan berlebihan apabila menghadapi tekanan atau mempunyai ketidak stabilan emosi.

Penyakit – Walaupun tidak kerap, obesiti boleh berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit hypothyroidism, kemurungan atau penyakit di bahagian otak yang menyebabkan pesakit makan berlebihan. Ubat-ubatan. Ubat seperti steroid atau ubat untuk merawat kemurungan boleh menyumbang kepada obesiti.

Implikasi Kegemukan (Obesiti)

Obesiti menyumbang kepada banyak penyakit kronik yang boleh membawa kematian atau morbidity. Penyakit-penyakit ini boleh merendahkan kualiti hidup pesakit. Antara penyakit-penyakit yang disebabkan oleh obesiti:

  • Diabetes Mellitus
  • Penyakit hepatobiliary (fatty liver dan batu hempedu)
  • Dyslipidaemia (kolesterol tinggi)
  • Metabolic syndrome
  • Sleep apnoea
  • Penyakit jantung koronari
  • Cerebrovascular disease
  • Kegagalan jantung
  • Tekanan darah tinggi (hypertension)
  • Osteoarthritis
  • Gout

Cara Mencegah Kegemukan (Obesiti)

Rawatan-rawatan yang telah dinyatakan hanya akan berjaya jika pesakit mengubah sikap dan menjalankan cara hidup sihat dengan mengawal pemakanan dan meningkatkan aktiviti fizikal. Pengawalan pemakanan boleh di bantu dengan kaunseling oleh pegawai dietetik. Manakala penambahan aktiviti fizikal memerlukan tunjuk ajar dari pegawai pendidikan kesihatan.

Amalan pemakanan yang sederhana dan sesuai dengan menambahkan kadar serat dan mengurangkan lemak serta karbohidrat boleh membantu mengurangkan berat badan. Mengamalkan aktiviti fizikal sederhana (moderate) 60-90 minit setiap hari boleh membantu mengurangkan BMI bagi mereka yang obes.

Roti, makanan ruji di kebanyakkan negara di sebelah barat dan cerita asal usul Empayar terhebat dunia.

Orang bijak pandai otak bergeliga di tanah Arab zaman purba (tamadun Mesopotamia dan Mesir kuno) telah menemui cara untuk menyimpan makanan dan boleh dimakan bila bila masa, tanaman rerumput terutamanya Gandum ditanam secara meluas dan bijirin boleh simpan lama, tak perlu pergi memburu binatang dan kumpul buah buahan yg tumbuh meliar. Sebelum ini kena bersusah payah pergi memburu setiap hari untuk dapatkan bekalan makanan dan tak tahan lama simpanan daging mentah.

Manusia mula bertambah bilangannya dimuka bumi sehingga ke hari ini kerana dengan adanya sumber makanan yg berasaskan karbohidrat yg boleh ditanam, simpan lama dan berkhasiat tinggi. Tanaman rerumput seperti Padi, Gandum, Hop, Barli, Jagung, kacang soya dan banyak lagi.

Masalah kegemukan masa kini, zaman moden, ramai dikalangan kita yg Gemuk Gedempol, gempal, orang muda bujang lapok badan sama macam Duda anak tiga, anak dara dari belakang badan besar sebijik sama dengan Mak Janda anak lima.

Malahan di seluruh dunia, masalah kegemukan menjadi satu isu yg sangat serius, produktiviti terhad, Terutamanya di Amerika Syarikat, negara terkaya didunia dan menguasai media popular, dalam sejarah dunia moden Pra perang Teluk, Orang Amerika banyak sekali timbul dengan cara kurus badan, lemak dipersalahkan, kononnya lemak dalam makanan harian yg menggemukkan Rakyat Amerika, mulalah kempen low fat yg dipelopori oleh industri pemakanan gergasi Amerika.

Makanan yg berasaskan Karbohidrat seperti Roti, nasi, mee, Spagetti dan lain lain dipersalahkan jugak, mulalah pelbagai jenis Fad Diet diperkenalkan disana dan kemudian disebahkan ke seluruh dunia , cara berdiet seperti Atkins diet, Keto Diet, GM diet dan banyak lagi.

Kebanyakkan jenis cara berdiet pada masa kini, zaman moden internet sepantas kilat menyalurkan informasi terkini adalah berdasarkan kajian pada zaman batu, jutaan tahun Pra sejarah, orang kuno, nenek moyang kita sering berlaparan kerana tiada peti ais, makanan dalam tin, bijirin yg boleh simpan lama, saban hari kena pergi memburu cari makan, oleh itu ada segelintir yg bijak pandai beranggapan, kalau kita makan daging aja (protein) masalah kegemukan dan penyakit tiga serangkai akan dapat dikurangkan.

Karbohidrat menjadi pesalah dalam kes kajian tersebut. Orang mula beranggapan makan nasi, roti dan Mee, menggemukkan mereka, padahal tahun 70 dan 80an,orang Malaysia rata ratanya kurus belaka dan sekarang pulak orang gemuk senang senang boleh kita nampak dimana jua.

Intermittent Fasting, Warrior Diet, OMAD, zaman kuno, manusia kena pergi memburu, adakala binatang terlepas dan pemburu terpaksa berlaparan sehingga keesokkan harinya, mula terbit idea para cerdik orang Amerika, umat manusia dah biasa berlaparan dan boleh bantu kita kurus badan jika kita berlaparan selalu. Akan tetapi masalah kegemukan masih lagi berlanjutan malahan bertambah kronik dimana mana negara seluruh dunia.

Tidur Bawah Lampu Jadi Gemuk ?

Adakah anda lebih suka tidur dengan lampu terbuka atau televisyen dipasang? fikirkan semula. Kajian terkini yang melibatkan 43,722 wanita mendapati individu yang tidur dalam keadaan TV atau lampu terpasang dikaitkan dengan.

✅ Peningkatan 5kg berat badan atau lebih
✅ Peningkatan risiko 10% BMI
✅ Risiko lebih tinggi untuk berlebihan berat badan atau obesiti.

Kajian yang dilakukan pada haiwan di makmal menyokong hipotesis kesan cahaya lampu kepada melatonin regulasi ‘body clock” yang mengawal masa tidur- sedar manusia. Walaupun faktor pendedahan kepada cahaya lampu boleh menyebabkan peningkatan berat badan,pengambilan makanan berkalori tinggi dan gaya hidup tidak aktif merupakan punca utama obesiti.

Terdapat 3 jenis gemuk iaitu gemuk air, gemuk angin dan gemuk daging.

Gemuk Air – mengelambir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan. Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Cara nak mengenalpasti, apabila lompat-lompat, akan rasa dan kelihatan ‘lemak-lemak’ di badan itu melompat bersama. Boleh juga diumpamakan seperti kita masukkan air dalam belon dan kemudiannya ramas belon tersebut. itulah gemuk air.

Gemuk Angin – Angin terlalu banyak terperangkap dalam tubuh, menyebabkan sukar atau kerap untuk sendawa atau kentut.  Mudah kena sakit kepala,migrain,loya tekak atau sebu perut.

Gemuk Daging – Badan berasa berat dan pejal. Mudah penat melakukan tugas harian. Apabila dipegang bahagian lengan contohnya, terasa lemaknya solid atau pejal.

Macammana? Dah tahu jenis gemuk masing-masing? Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging. Jadi, dengan mengetahui jenis gemuk ini, kita senang nak mengatur strategi untuk turunkan berat badan.

Nak dapatkan berat badan yang ideal sebenarnya boleh diperolehi dengan mudah. Hanya dengan menjaga pengambilan makanan harian kita, senaman dan pengambilan supplement dapat membantu penurunan berat badan dengan berkesan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply