DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Faraj Sihat

Faraj Sihat

5 Makanan Yang Bagus Untuk Menjaga Kesihatan Faraj Anda

Adakah uols sentiasa menitik beratkan kesihatan faraj uols?
Faraj yang sihat sebenarnya bersifat asid dan mengandungi bakteria baik yang membantu mencegah jangkitan dan mengekalkan paras pH yang normal.

Jika kesimbangan ini terganggu, boleh menyebabkan ketidakselesaan atau jangkitan faraj.

Tapi tahukah anda yang ada sesetengah makanan dan minuman juga boleh menolong menjaga faraj yang sihat, melegakan ketidakselesaan, mencegah infeksi, dan menjanjikan aksi hangat dalam bilik?

So hari ni iolss nak kongsi dengan uolss 5 makanan yang baik untuk kesihatan faraj.

1. TEH HIJAU
Haa bagi yang tak tahu, teh hijau ni boleh merawat kencing kotor. Penemuan baru menunjukkan catechin (sejenis flavonoid yang memerangi penyakit), dalam minuman ini mempunyai kesan antimikroba yang kuat. Ia boleh membantu melawan kencing kotor. Minum 2 – 3 cawan sehari untuk elak kencing kotor.

2. IKAN TINGGI ASID LEMAK OMEGA-3 UNTUK SENGGUGUT
Kerap senggugut bila datang bulan? Makan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3. In Syaa Allah sakit akan reda.

Sebenarnya kekejangan ni disebabkan oleh pelepasan prostaglandin ,yang membantu otot-otot rahim untuk mengecut dan lapisan dinding uterus untuk tertanggal.

Asid lemak omega-3 dalam ikan salmon dan tuna boleh mengurangkan keradangan dan membantu melegakan kesakitan.

3. PROBIOTIK UNTUK MENCEGAH JANGKITAN YIS
Secara semulajadi, faraj kita penuh dengan lactobacillus, sejenis bakteria baik yang membantu faraj mengekalkan paras pH yang sihat.

Bagi mengekalkan keseimbangan bakteria yang sihat untuk menggalakkan paras pH yang baik agar menggalakkan pertumbuhan lactobacillus yang sihat uolss boleh makana makanan yang ditapai dan kaya dengan probiotik seperti yogurt biasa, kimchi, tempe.

4. SOYA UNTUK FARAJ YANG KERING
Kekeringan faraj berlaku apabila badan uolss tu kekurangan estrogen yang menjaga ketegangan tisu dan pelinciran yang baik.

Bagi mereka yang menyusu anak, dah putus haid, melahirkan anak, dan juga menggunakan ubat alahan dan ubat selesema, paras estrogen boleh berkurang.

Jadi uolss boleh amalkan memakan produk soya yang tidak diproses seperti tauhu, ataupun tempe kerana soya mengandungi sebatian tumbuhan estrogen yang meniru isoflavin. Ia juga bersifat hidrofilik dan boleh menarik air ke tisu anda.

5. EPAL UNTUK AKSI HANGAT DI BILIK TIDUR
Kajian yang diterbitkan dalam Arkib Ginekologi dan Obstetrik menunjukkan wanita yang memakan lebih dari satu biji epal sehari lebih senang terangsang dan mempunyai fungsi seksual yang lebih tinggi berbanding mereka yang kurang memakannya.

Bagusnya makan Buah epal sebab mengandungi phloridzin, sebatian yang meniru hormon seks wanita estradiol.

Leave a Reply

%d bloggers like this: