Fibroid Tumbuh Tanpa Gejala ? Hilangkan Fibroid Tanpa Pembedahan !!!

Fibroid Tumbuh Tanpa Gejala ? Hilangkan Fibroid Tanpa Pembedahan !!!

Fibroid atau istilah perubatannya myoma atau leiomyoma, merupakan ketumbuhan bukan kanser yang kerap berlaku kepada wanita berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun. Penyakit ini dianggap sebagai masalah biasa dalam kesihatan reproduktif wanita. Fibroid berlaku sama ada di dalam rahim, luar rahim atau melekat pada dinding rahim dengan saiz yang berbeza-beza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Ia boleh terbentuk sama ada seketul atau berketul-ketul dengan pelbagai bentuk dan saiz.

Dikatakan fibroid lebih banyak ditemui dalam kalangan wanita kulit hitam berbanding wanita kulit putih atau wanita Asia. Terdapat beberapa faktor yang dikatakan berkait rapat dengan perkembangan myoma seperti faktor kaum, reproduktif, hormon dalaman, obesiti, gaya hidup, persekitaran dan pengaruh lain seperti hipertensi dan jangkitan.

Menurut Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Janin dan Ginekologi Malaysia, Dr. Raman Subramaniam, ketumbuhan tersebut boleh kekal dalam saiz yang sangat kecil untuk masa yang lama dan pembesarannya juga boleh berlaku secara pantas atau membesar secara perlahan-lahan selama beberapa tahun, selalunya kehadirannya tanpa simptom sehinggalah mereka berusia 45 tahun.

“Dalam kebanyakan kes, ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom dan mereka hanya didiagnosis dengan penyakit ini secara kebetulan melalui pemeriksaan kesihatan atau pengimejan.

“Namun demikian, ada sebahagian daripada pesakit mengalami pelbagai simptom dan kalanya dapat dikesan jika wanita terbabit menyedari adanya masalah. Antaranya, seperti haid yang terlalu banyak, tekanan pada pundi kencing, dan senggugut yang melampau.

“Gejala-gejala yang lain adalah pendarahan pada vagina, anemia, sakit pada abdomen atau sakit belakang, keguguran, dispareunia, dan kemandulan.

“Meskipun fibroid tidak berbahaya dalam kebanyakan kes, keadaan tersebut sebenarnya mendatangkan ketidakselesaan. Kajian terhadap 21,000 wanita di lapan buah negara menunjukkan, gejala yang dialami mereka memberi impak yang negatif terhadap prestasi seksual sebanyak 43 peratus, 28 peratus menyokong ianya mengganggu keupayaan di tempat kerja dan 27 peratus menyatakan penyakit ini mengganggu hubungan antara pasangan dan kekeluargaan,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Zuellig Pharma’s Ulipristal Acetate (UPA) 5mg di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ujar Dr. Raman, pengurusan pesakit terhadap rawatan semakin memberangsangkan berbanding 30 tahun yang lalu kerana wanita-wanita moden lebih banyak membaca dan pantas mengetahui sebarang perubahan yang berlaku pada diri mereka.

Fibroid yang tidak menyebabkan sebarang gejala, bersaiz kecil, atau berlaku dalam kalangan wanita yang hampir menopaus kebanyakannya tidak memerlukan rawatan. Namun, bagi pesakit yang mempunyai simptom, mereka mempunyai pilihan rawatan seperti ubat-ubatan, pembedahan atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pada tempoh 10 tahun yang lalu prosedur pembedahan menjadi pilihan kepada pesakit seperti pembedahan myomektomi atau pembedahan histerektomi.

“Bagi prosedur myomektomi, pembedahan membuang fibroid di dalam rahim dilakukan bagi memelihara kesuburan. Fibroid tersebut tidak akan tumbuh selepas pembedahan, tetapi fibroid baharu boleh muncul di mana pembedahan lain mungkin diperlukan lagi.

“Prosedur histerektomi pula adalah kaedah rawatan yang membuang rahim dan ovari. Pilihan sama ada untuk dibuang atau tidak bergantung kepada keadaan individu itu. Prosedur ini akan dijalankan jika rawatan lain tidak membantu pesakit atau pilihan terakhir bagi mereka yang mempunyai fibroid yang bersaiz besar. Seseorang wanita itu tidak dapat hamil selepas melakukan kaedah histerektomi,” kata Dr. Raman.

“Terapi ubat-ubatan merupakan pilihan lain bagi wanita yang mempunyai fibroid. Ubat-ubatan akan membantu mengurangkan pendarahan haid yang banyak dan senggugut disebabkan oleh fibroid.

“Kaedah ini tidak memusnahkan fibroid, namun boleh mengecutkan dan biasanya pembedahan akan dijalankan selepas itu.”

Demikian akui Dr. Raman Subramaniam, yang turut memberitahu, antara ubat-ubatan yang disarankan kepada pesakit adalah pil pencegah kehamilan untuk menghalang pendarahan yang banyak atau suntikan pelepasan hormon Gonadotropin (GnRH), yang akan menghalang penghasilan hormon estrogen dan progestron yang akan mengecutkan fibroid.

Menurutnya, terapi tersebut hanya memberi kelegaan dalam tempoh yang singkat sahaja dan membebankan pesakit kerana pesakit terpaksa berhadapan dengan pelbagai gejala. Antaranya, suntikan GnRH akan memberi kesan sampingan seperti kepanasan dan simptom menopaus. Apabila pesakit menghentikan rawatan, kebiasaan fibroid akan tumbuh kembali. Disebabkan masalah-masalah seperti ini, pesakit memerlukan rawatan yang mampu mengembalikan kualiti hidup mereka.

APA VITAMIN YANG MEMBANTU MASALAH FIBROID ?

Fibroid memang dikatakan berpunca daripada hormon estrogen yang berlebihan dan genetik. Tapi, tidak kah anda berminat nak tahu, bagaimana gen anda rosak dan hormon estrogen meningkat? Kerana penyakit genetik takkan tiba-tiba muncul.

Menurut kajian yang dimuatkan dalam Jurnal of Assisted Reproduction and Genetics. Volume 30, Issue 7 pada Julai, 2013 fibroid terjadi disebabkan terdapat masalah dalam sistem antioksida dalam badan. Maksudnya fibroid terjadi disebabkan oleh pengaruh radikal bebas.

VIVIX : MINUMAN BOTANI TERBAIK POLIFENOL RESVERATROL

Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods )

cara rawat fibroid dengan vivix shaklee

CARA ORDER VIVIX SHAKLEE

Cara 1 – Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan.

Cara 2 – Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717

SUMBER

1. http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/fibroid-tumbuh-tanpa-gejala-1.390482

Kongsi Kepada Kawan

Leave a Reply

CommentLuv badge

Close Menu