Fokus Pada Aktiviti, Bukan Hasil

Fokus Pada Aktiviti, Bukan Hasil

Sesetengah org yg baru memulakan bisnes dgn cara promosi di sosial media ni, ada satu expectation di luar batasan.

Misalnya, buat hantaran sekali dan, dan expect semua rakan dan followers berebut2 nak berurus niaga.

Lepas tu frust bila tak ada like pun.

Tak mustahil utk dapat macam tu, cuma maybe not just yet. Masanya akan tiba juga, bila mana kita post sekali je, terus berebut PM. Tapi awal2 ni sabarlah dulu.. Fokus pada AKTIVITI.

Untuk permulaan nak berbisnes menggunakan media sosial, jadikan ia sebagai satu batang paip yg dipenuhi dgn strangers yg bakal menjadi kawan dan berurusan bisnes bersama.

Media sosial, pada namanya je pun dah jelas ia tempat BERSOSIAL. Jadikan ia sebagai tempat untuk membina nama dan pengaruh. Media sosial bukan platform e-commerce.

Beri masa at least 6 bulan ke setahun utk lihat hasil tuaian dari media sosial. Dalam masa itu padatkan feed dgn AKTIVITI. Update jgn sesekali bila teringat. Jadikan ia sebagai rutin & InsyaAllah hasilnya pasti superb!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat