DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Gejala Penyakit Yang Tidak Boleh Kita Leka

Gejala Penyakit Yang Tidak Boleh Kita Leka

Dalam kehidupan seharian, kita akan selalu menghadapi gejala penyakit yang terlepas pandang. Seperti sakit kepala, demam dan lain2 lagi. Mungkin bagi sesetengah orang ini bukanlah sesuatu yang perlu di risaukan. Jika masih boleh melakukan aktiviti fizikal seperti biasa, tanda2 tersebut selalu di abaikan dengan harapan akan hilang dengan sendiri. Perlu di berikan perhatian yang serius untuk tanda2 di bawah .Jika terlambat boleh menyebabkan gangguan yang lebih serius termasuk kematian.

5 GEJALA PENYAKIT YANG TIDAK HARUS DI ABAIKAN

1. Penurunan berat badan tanpa sebab

Penurunan berat badan secara tiba2 tanpa diet atau aktiviti fizikal. Keadaan ini sebahagian besar disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius. Ini merupakan tanda dari beberapa masalah kesihatan serius seperti hipertiroid, diabetes, depresi, penyakit hati, kanser dan juga terdapat gangguan pada usus di mana proses penyerapan nutrisi terganggu.

2. Demam tinggi yang menetap

Demam bukan lah selalunya merupakan tanda untuk penyakit merbahaya. Demam merupakan mekanisme alami tubuh dalam melawan jangkitan. Namun demam tinggi yang menetap merupakan tanda terdapat jangkitan yang tersembunyi, seperti contoh infeksi pada saluran kencing dan tuberkulosis. Beberapa jenis kanser seperti limfoma juga menyebabkan kenaikan suhu tubuh yang menetap. Segera berjumpa doktor bila demam tinggi (suhu diatas 39.4C) lebih dari 3 hari.

3. Nafas pendek dan sesak

Melakukan olahraga berat yang berlebihan, cuaca panas yang keterlaluan, kegemukan dan berada di altitud yang tinggi ini akan menyebabkan nafas pendek atau tercungap cungap. Ini adalah normal untuk orang yang sihat rasakan. Jika nafas sesak secara tiba2 tanpa sebab, segeralah berjumpa dengan doktor. Beberapa masalah kesihatan yang dapat menyebabkan nafas pendek dan sesak adalah bronchitis, asma, pneumonia, penyakit jantung dan lain2 lagi. Kesukaran bernafas boleh juga terjadi pada pesakit iaitu serangan panik.

4. Gangguan buang air besar

Berjumpa lah dengan doktor sekiranya , Najis berdarah atau berwarna hitam, Cirit atau susah buang air besar / sembelit. Perubahan kebiasaan membuang air besar merupakan terdapatnya jangkitan bakteria seperti bakteri helicobacter pylori atau salmonella, atau jangkitan virus dan parasit. Antara lain dari gangguan buang air besar adalah irritable bowel disease dan kanser usus besar.

5. Perubahan keperibadian atau kebingungan

Segera berjumpa doktor apabila mengalami gejala berikut: Penurunan kemampuan berfikir, Kesulitan konsentrasi dan kerap mengalami perhatian yang berubah ubah, Perubahan tingkah laku. Gejala gejala diatas disebabkan oleh berbagai masalah kesihatan seperti jangkitan, kurang nutrisi dan masalah mental.

TANDA PENYAKIT HATI

Tanda-tanda mengalami penyakit hati boleh dikenali dengan memberi perhatian kepada tubuh badan. Hati adalah organ terbesar pada tubuh yang mempunyai banyak fungsi. Satu di antara fungsi organ hati, menggantikan sel tubuh yang rosak/hilang. Tetapi, apabila sel-sel hilang, hati tidak dapat memenuhi keperluan tubuh dengan baik.

Oleh itu, kesihatan hati harus dijaga dan paling utama fungsinya pada tubuh badan.

Ada banyak penyakit hati, diantaranya

💊Hati mengeras
💊Hati bernanah
💊Hepatitis
💊Kanser hati
💊Hati berlemak
💊Hati membengkak

Penyebab utamanya, jangkitan virus. Sebaiknya, anda tahu beberapa gejala-gejala ini.

1. Sering rasakan kekejangan atau sakit di perut
Organ hati berada di bahagian dada sebelah kanan di atas perut. Apabila terganggu, segi itu akan rasakan kekejangan dan sakit. Tanda-tanda ini boleh berulang malah semakin parah apabila tidak diambil tindakan segera.

2.Sembelit
Kerana sistem pengeluaran hempedu terbantut, mengakibatkan sembelit atau susah berak. Apabila sembelit, pastikan banyak pengambilan makanan mempunyai serat dan minum ubat. Tetapi, apabila organ hati miliki masalah, sembelit berlangsung sehingga beberapa minggu.

3.Nafsu makan berkurangan
Satu di antara manfaat hati, menghasilkan hempedu yang bertugas untuk memecah makanan serta menghadirkan perasaan lapar. Apabila hati ada masalah, tentunya pengeluaran hempedu terhad menyebabkan metabolisma lambat dan menyebabkan rasa kenyang di perut. Pesakit rosaknya hati bakal kehilangan nafsu makan yang selanjutnya berat badan turun.

4.Mual dan muntah
Apabila organ hati terganggu, tubuh akan menunjukkan tanda-tanda seperti rasa loya dan muntah yang berulang. Ini kerana ada racun pada tubuh terutama pada saluran pencernaan.
Untuk meneutralkan ini tubuh merangsang rasa mual hingga semua racun dimuntahkan. Bila anda sering rasa muntah tanpa sebab, dapatkan pemeriksaan diri ke doktor secepat mungkin.

5.Pertukaran warna air kencing dan najis
Pesakit hati biasanya mengalami perubahan warna air kencing. Sebab, kandungan bilirubin yang dibuat oleh organ buah pinggang tidak boleh lagi ditapis oleh hati. Warna air kencing berpindah jadi lebih gelap dari kebiasaannya. Selain itu, warna najis juga ikut beralih jadi lebih kuning atau abu-abu.

6.Perut rasa kembung
Waktu keadaan hati semakin bertambah kronik, perut akan rasa kembung dan lebih mengembang. Ini disebabkan pengumpulan cecair hati di dalam perut. Keadaan seperti itu menyaratkan tanda-tanda hati berisiko dan perlu rawatan sesuai.

7.Kaki dan tangan membengkak
Tidak cuma ada kembung di perut, cecair yang dihasilkan akan merebak ke tubuh yang lain seperti kaki dan tangan. Ini ciri yang sering dihadapi oleh pesakit hati. Tidak cuma bengkak tetapi akan rasa lembek waktu disentuh.

8.Mudah penat
Masa hati sudah tidak dapat lagi mengolah serta buang toksin dalam tubuh. Racun merebak ke darah, tisu otot dan organ yang lain yang menjadikan metabolisma terhalang sehingga mengakibatkan perasaan penat yang tidak dapat dihilangkan walaupun sudah berehat.

9.Kulit sesitif
Tanda-tanda hati rosak yang terakhir, kulit lebih sensitif. Pesakit bakal merasakan gatal-gatal, merah dan urat-urat kelihatan lebih menonjol.
Itu 9 tanda-tanda yang perlu anda tahu, sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi masalah yang terjadi pada organ hati.

RISIKO PENYAKIT JANTUNG KEPADA GOLONGAN INI

1. Penyakit jantung menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia dan semakin ramai golongan muda mengalaminya (Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III).

2. Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angina, serangan jantung dan strok.

3. Ini berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama, proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.

4. Apabila arteri menjadi terlalu sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada teramat sangat – ini dikenali sebagai angina.

5. Sebaliknya, jika sebahagian daripada plak pecah, platelet berkumpul di kawasan yang cedera dan membentuk darah beku.

6. Akhirnya, darah beku menghalang aliran darah ke jantung dan menyebabkan serangan jantung.

7. Darah beku yang menghalang aliran darah ke otak pula dipanggil strok.

8. Golongan yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti, penyakit tekanan darah tinggi, paras kolesterol darah tinggi, diabetes dan mereka yang suka merokok adalah golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.

HARI KUSTA SEDUNIA

Uolss tau tak apa tu penyakit kusta? Kuman kusta ni walaupun lambat merebak tapi kusta sering lambat dikesan sebab penyakit ni dah jarang sekarang, jadi ramai anggota perubatan tak pernah tengok kusta.

Tapi penyakit ni belum pupus, masih wujud dan berisiko untuk menjangkiti sesiapa sahaja. Selain daripada kulit, kuman kusta juga menyerang saraf periferal, sendi, mata, tisu dalam saluran pernafasan, selaput dalam hidung dan testis.

Sebab kuman ni sangat lambat membiak, seseorang yang pernah dijangkiti kusta walaupun dah tamat rawatan, perlu terus di follow up selama 10-15 tahun. So, again..Sistem imun yang kuat sangat2 penting untuk kita sekarang. Sebab sekarang ni macam-macam kuman berada keliling kita sebenarnya & macam2 benda yang boleh rosakkan sel kita.

Pilihan kita hari ni mungkin mengubah hidup kita di masa depan. Selamat Hari Kusta Sedunia. Tahniah kepada anda yang sudah fight dengan penyakit kusta. Sama-sama kita hapuskan kusta.

MAKIN TAK SELAMAT KE NEGARA KITA ?

Sebut pasal penyakit nih, memang teruk, risiko penyakit yang sentiasa datang, tanpa henti, lepas tuh pulak, sikap kita sebenarnya yang menjemput penyakit ni datang, oh tidak, oh kebersihan oh pati, memang diluar jangkaan betul tak ?

Jadi benda ni berlaku, selain ubah sikap kita perlahan lahan dari pengotor ke pembersih, kita kena jugak jaga imunisasi badan kita. Sebab penyakit ni sukar untuk diundang. Kau tahu tak, kalau kau badan lemah sikit, tetiba bakteria datang, memang jawabnya kau boleh kena. Biasanya macam sakit tb ni kalau kita sihat boleh tahan, tapi perkembangan baru nih sangat membimbangkan bila TB , kusta dah mula menular kembali ke malaysia,

Jadi nak taknak, sukar untuk dielakkan, takkan lah kita tak pergi pasar nak beli barang ? takkan kita ni jenis kerja dalam rumah je macam aku, ada yang memang kerja mulia bersihkan sampah kawasan perumahan, jadi memang terdedah kepada serangan serangan anasir yang boleh merosakkan sistem badan kita.

Kalau nak best, aku cadangkan kau makan supplement labu, baik punya, sebab mamat ni buat, kaw kaw berkerut dahi 40 tahun cari, benda yang boleh membangkitkan interferon dalam badan kita . Interferon nilah yang boleh lawan serangan patogen nih. Huuhu. Nak lagi kebal, hang kena bedal jus anggur botanikal tuh, ni lagi power, yang tuh protect sampai level sel DNA. Hoo yeah.

Kesimpulannya, jagalah kebersihan, selain ubah sikap, perlahan lahan bersihkan kawasan rumah kita, sistem badan kita pun kena jaga juga. Kalau hujan sikit, ribut, pasir, banjir, memang terdedah kepada virus virus nih. huhuhuhu

Leave a Reply

%d bloggers like this: