Gemuk Itu Penyakit ?

gemuk itu penyakit

Kalau tengok kes kematian yang lain ada sejarah penyakit kritikal tapi ada 2 orang pada usia 29tahun & 30tahun ada penyakit OBESITI. Gemuk itu penyakit ke? Ianya bukan penyakit kritikal tapi kalau ada boleh mengundang pelbagai penyakit kritikal

Dah setahun KKM ada beritahu pasal obesiti ni risiko akan teruk kalau kena covid weiii so dalam setahun ni dah berapa kg turun? Dah berjaya ke belum capai bmi normal

Betul ke obesiti akan sebabkan yang kena covid jadi teruk? Moh baca sini

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=236402868276930&id=100057216553732

Kalau tengok kes kemain tinggi bulan Ramadan yang sepatutnya masa puasa sistem imun yang meningkat tapi sebab masa berbuka kemain melantak macam macam yang manis, tinggi kolesterol ,sayur buah makan sikit, moreh lagi

Bersyukur la kerajaan tak bagi berziarah. Cuba ada mau raya sakan,makan pun sakan dan covid pun makin suka laaa

Marilah kawan kawan mana yang bmi kategori obesiti tu kita turunkan ke normal. Takpa biar ambil masa tapi at least ada penurunan

Saya & Faiz pun pernah dalam kategori obes. Memang nak kawal nafsu makan sedap tu susah tapi boleh.

Husband dari 80kg, perut macam orang mengandung 9 bulan tak beranak ranak tapi sekarang perut dia lagi flat dr saya

Saya pun pernah begitu comel dengan berat 63kg ketinggian 150 je uolss. Alhamdulillah pernah berjaya capai 50kg. Tapi bila dah kurus + makan Shaklee ni subur lebih maka pregnant pulak ?. Cuma sempat mengandung je tak sempat beranak. Anak syurga kami yang bernama MUHAMMAD BIN MUHAMMAD FAIZ

Selepas tu kecewa sedih makan je keje berat naik dan naik. Sejak covid ni pulun balik turunkan berat. Legaa dah berjaya masuk fasa bmi normal.Kalau kami boleh korang pun mesti boleh. Jangan kalut nak kurus nak turun 10kg dalam masa 1 bulan. Ambil masa 1 tahun pun takpa.Nak cerita pasal perjalanan kami lagi boleh follow #jurnalkurusjoelabu

MELEWATKAN SARAPAN BOLEH MENYEBABKAN GASTRITIS DAN GEMUK?

Ramai yang beranggapan apabila kita melewatkan boleh menyebabkan gastritis atau menyebabkan kita menjadi gemuk kerana kita akan makan dengan lebih banyak.

Dalam kajian terbaru, gastritis tidak disebabkan oleh kita tidak makan, tetapi disebabkan kita tidak ada lapisan pelindung yang dinamakan mucin pada permukaan dalam perut. Ini menyebabkan asid yang dikeluarkan ketika mencernakan makanan akan mencederakan perut.

Lapisan ini tidak dihasilkan kerana sel-sel “mucous neck cell” telah dirosakkan oleh pengambilan ubat penahan sakit, tabiat merokok, dan ubat steroid.

Malah ada pendapat yang terbaru mengatakan dengan berpuasa atau menjarakkan makan 4-6 jam dapat membantu mengurangkan masalah gastritis kerana apabila kita tidak makan, perut kita tidak menghasilkan asid yang mencederkan perut. Asid hanya dikeluarkan apabila kita makan.

Ada juga yang mengatakan apabil tidak bersarapan, ia akan untuk mengambil kuantiti yang banyak semasa makan tengah hari melebihi kuantiti yang sepatutnya. Saya setuju. Tetapi kita boleh melebihkan pengambilan sayur dan buah seperti mana yang dicadangkan dalam konsep pemakanan Healthy Plate. Di Malaysia dikenali sebagai Suku suku separuh. Dengan mengamalkan konsep pemakanan ini, kita menjadi lebih sihat kerana lebih banyak sayur dan buah kita ambil, kita menjadi lebih sihat. Jangan tambah nasi tetapi banyakkan buah dan sayur, bila kita masih berasa lapar.

Jika berasa pedih perut pada waktu pagi, ambil satu atau dua sudu minyak zaitun. Ia melegakan rasa tidak selesa dalam perut.

Kenaikan berat badan tidak semestinya berpunca daripada apa yang anda makan.

Sebenarnya ada banyak faktor yang menjadi penyebab anda boleh jadi gemuk! Biasanya berat bada akan bertambah ketika kalori yang dibakar tubuh ketika membuat sesuatu lebih sedikit daripada kalori yang masuk daripada makanan yang dimakan. Ini bermakna selain daripada makan, ada banyak faktor lain yang mempengaruhi metabolism dan berat badan.

Ingin tahu beberapa penyebab gemuk selain daripada makan? Baca artikel ini sampai habis ya…

1. Stress Tahap ‘Gaban’

Ternyata stress juga boleh menjadi salah satu perkara yang menyebabkan kegemukan. Apabila mengalami stress, sebahagian orang akan mempunyai kecenderungan untuk kerap mengunyah. Di samping itu, ketika stress tubuh akan menjadi tegang dan mengeluarkan hormone ‘kortisol’. Hormon ini akan menjadi penyebab utama meningkatnya nafsu makan sehingga membuat anda semakin seronok untuk menikmati apa sahaja makanan bagi menenangkan diri. Jadi, sebaiknya apabila anda stress, carilah aktiviti lain yang untuk meredakannya, misalnya bersenam.

2. Menopause

Memasuki saat- saat menopause, kaum wanita tidak lagi seaktif seperti zaman remaja dahulu.Sistem metabolisme pada tubuh jadi lambat dan sistem hormone juga akan berubah (hormon estrogen semakin menyusut), sehingga menyebabkan timbul nafsu makan yang berlebihan, depresi serta sukar tidur. Jadi, mana-mana wanita yang bakal melalui saat menopause, anda disarankan untuk bersenam secara teratur. Ianya bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan anda, malah turut membantu supaya berat tubuh anda agar terus stabil serta menguatkan sebahagian daripada tulang anda.

3. Diet Yang Keterlaluan

Diet yang extreme dengan tujuan untuk menurunkan berat badan secara drastik dalam waktu yang singkat merupakan cara yang tidak efektif.Cara ini tidak melatih tubuh untuk membakar kalori yang banyak dalam jangka masa panjang. Akibatnya,makanan yang anda makan tidak akan terbakar sepenuhnya dan kesannya berat badan anda akan naik kembali dengan cepat.

4. Masalah Kesihatan

Selain itu, penyebab gemuk lainnya adalah ‘hipotiroidism’. Keadaan ini berlaku disebabkan masalah tubuh yang disebabkan kurangnya pengeluaran oleh hormon tiroid didalam tubuh seseorang. Kekurangan tiroid ini boleh mengakibatkan metabolisme pada tubuh menjadi kurang lancar, nafsu makan juga menurun serta pertambahan pada berat badan. Antara tanda-tanda ‘hipotiroidism’ ialah mudah penat dan lesu,suara menjadi serak, mudah diserang selsema,kerap mengantuk (menjadi kuat tidur) atau kerap pening kepala.

5. Pengambilan Ubat-Ubatan Tertentu

Ternyata pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Kesan setiap jenis ubat memang berlainan untuk jenis penyakit. Ada yang boleh menyebabkan ngantuk, menambah keinginan makan, merubah gula darah jadi lemak dan juga kesan-kesan seumpamanya yang lain. Jadi, apa sahaja ubat atau vitamin yang anda makan, dapatkan dahulu nasihat daripada doktor. Jangan sampai salah memilih ubat kerana secara tidak disedari anda mengumpulkan bahan kimia di tubuh anda selama mengamalkan pelbagai macam jenis ubat-ubatan tersebut.

6. Kurang tidur

Ada beberapa perkara yang membuatkan kurangnya waktu tidur saling berkait rapat dengan pertambahan berat badan.Ketika anda kurang tidur, terjadi peningkatan kadar hormon dalam tubuh yang boleh meningkatkan rasa lapar dan nafsu makan. Selain itu, tidur lambat juga boleh membuka ruang untuk anda menikmati makanan ringan pada malam hari sehingga menambah timbunan kalori di dalam tubuh.Kurang tidur juga membuat anda cenderung memilih sembarang makanan seperti goreng-gorengan daripada menu sihat seperti buah-buahan.

kredit: mediasosialkini

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply