GEMUK sebab LIFESTYLE KURUS pun sebab LIFESTYLE

GEMUK sebab LIFESTYLE KURUS pun sebab LIFESTYLE

GEMUK sebab LIFESTYLE KURUS pun sebab LIFESTYLE. Semalam abang joe dapat satu request untuk tulis tentang cara abang joe kuruskan badan. Sebenarnya abang joe dah banyak tulis, kalau rajin google je jurnalkurusjoelabu. Dekat situ adalah abang joe tulis pasal teknik abang joe untuk kurus. Tapi hari ini nak cerita jugaklah, nak buat penerangan sikit. Soalan dia, macam mana nak kuruskan badan ? Jawapan dia ada macam macam. Dekat alam maya sosial media, banyak sangat coach yang sangat bagus untuk ajar korang untuk kuruskan badan. Hasilnya pun kebabom, mantop, dari gemuk ke kurus, dari kurus ke berotot otot dan macam macam lagi.

Buat abang joe sendiri, abang joe boleh katakan cara nak kurus ini ada 2 jenis. Satu cara STRICT dan satu cara SANTAI. Best kan ? Ok apa dia cara STRICT apa dia cara SANTAI ? Abang joe takdelah pakar sangat, tapi berjaya sebenarnya buat dua dua cara nih.

Cara pertama, STRICT adalah teknik kurus yang sangat berkesan, dan tanyalah mana mana coach pun, insyaallah korang follow je mereka, memang confirm menjadi. Contoh kalau korang follow sifu eat clean, buat je cara mereka tuh, makan 6 kali sehari, makan ikut resepi yang mereka ajarkan, confirm menjadi. Ada yang lagi best, ada coach pula ajar cara nak dapatkan six pack. Kena buat semua latihan HIIT, jogging kena minimum 5 km sehari, makan tak boleh skip, kena makan banyak sayur, kena clean dan macam macam lagi.

Pengalaman abang joe, masa nak turunkan berat badan, dari hampir 80 kg  sampai ke paling ringan 58 kg, abang joe start masa bulan puasa tahun lepas. Tarikh bersejarah abang joe bermula ialah pada 12/5/2019. Itupun setelah musibah melanda abang joe. Abang joe pengsan masa sahur di rumah, sampai bila ambil bacaan darah tinggi mencecah 200 lebih, hahaha. Akhirnya abang joe tekad nak kuruskan badan.

Abang joe tak buang masa, masa itu bulan puasa, dah mula control makan nasi. Makan lauk tak berkuah, dan sahur hanya dengan shake protein je. Masa raya pulak, siap kawal makan masa pergi rumah kawan open house. Nak jadi cerita lagi, sambung puasa 6, petang sebelum berbuka ajak wife pergi jogging. Lepas habis puasa 6, terus lagi puasa 5 kali seminggu. Sabtu ahad je rilek. Memang kata strict gilelah kan ? Result dia ? hoo kurus kering hoo time tuh. Semua member terkejut, perut pun hilang, hahahha.

Tapi abang joe perasan, ada kelemahan teknik STRICT nih..

Apa yang abang joe buat selama nih ialah bukan LIFESTYLE abang joe pun. Sebab perasan, bila dah dapat berat idaman, mulalah petang dah jarang jogging. Lepas tuh makan pun ada ambil benda manis jugak. Lepas tuh makan main bedal je. Jawabnya, peratus lemak meningkat, lepas tuh pulak perut naik sikit demi sikit. Ada satu masa abang joe main bedal je makan, bajet nak naikkan otot, last last, badan jadi berisi sampai BMI terlebih 25. Dulu berjaya menten bawah 60 kg, hingga terbounce sampai jadi 67 kg.

Ada jugak abang joe perasan, beberapa teknik kurus nih, tak sesuai pun abang joe. Ada orang tanya coach tuh, kalau kenduri boleh pergi tak ? Coach tuhh kata kalau you nak perut cantik, you kena korbankan kenduri. Ada teknik tuh kena makan sayur banyak banyak. Lepas dah body cantik, mulalah melantak macam macam, akhirnya badan naik balik. So sebenarnya cara STRICT nih ada bagusnya dan ada kelemahannya. Kelemahannya bila teknik yang korang gunakan tak boleh adapt jadi LIFESTYLE korang. GEMUK sebab LIFESTYLE KURUS pun sebab LIFESTYLE

Oklah, jom kita tanya diri kita balik, PERNAH FIKIR TAK KENAPA BADAN KITA MAKIN GEMUK TANPA KITA SEDAR ?

Tiada orang dalam dunia nih nak badan dia gemuk. Kecuali beberapa orang yang memang ada masalah berat badan kurus kering. Ada jugak beberapa artis yang sengaja gemukkan badan, macam Amir Khan, Salman Khan, dan jugak Chris Hemsworth THOR . Itu sebab mereka di bayar untuk jadi GEMUK. Untunglah kan ? Dan mereka lepas gemuk tuh, dah ada escape plan untuk kuruskan badan. Sapa rajin boleh tengok video amir khan dari gemuk tuh sampai dapat 6 pack balik. Memang strict gile kan training dia ?

Tapi kita orang biasa, memang takdelah punya nak gemukkan badan secara sengaja. Tapi kita tergemuk secara tak sengaja. Itulah kesedihannya. So dah tahu dah kenapa badan kita gemuk tanpa sedar ? Jawapannya ialah LIFESTYLE kita. Tanpa sedar, lifestyle kita menentukan badan kita sekarang. Penyakit tiga serangkai pun semuanya adalah sebab lifestyle kita. Tahu tak lifestyle yang teruk nih macam mana ?

– korang suka minum teh tarik
– korang suka makan lewat malam
– korang petang dah tak pergi senaman
– korang suka duduk lama depan komputer
– korang makan nasi berpinggan-pinggan
– korang ada masa je semua benda nak makan
– korang suka makan jajan, aiskrim dan seangkatan dengannya

Banyak lagilah tabiat yang tak berapa sihat ni, yang korang rasa ala, biasalah hidup kena enjoy. Tapi benda ni tanpa sedar akan membuatkan kesihatan kita mula menurun, berat badan makin meninggkat, perut mula memboroi dan dan paling tak sedap, kita dah mula dapat penyakit tiga serangkai. Semuanya berlaku tanpa sedar.

Berbalik pada topik kita tadi, kalau kita GEMUK sebab LIFESTYLE, secara logiknya, kita pun boleh KURUS sebab LIFESTYLE. So benda ni jadilah teknik kedua abang joe untuk kurus .

Cara kedua, SANTAI, lebih rilek berbanding dengan teknik STRICT nih. Cara santai ni bukanlah kata boleh buat sesuka hati. Tapi cara kedua nih adalah dengan kita ubah LIFESTYLE kita sikit demi sikit. Korang pernah dengarkan tips nih

– tukar minuman manis ke air kosong
– tukar makanan bergoreng ke makanan rebus
– tukar jajan kepada buah

TAhu tak sebenarnya itulah teknik ubah LIFESTYLE. Teknik nih lebih santai bagi abang joe. Sebab teknik nih abang joe hanya perlu adapt , dan lama kelamaan abang joe dah mula rasa selesa, dan tak terbeban dengan amalan nih. Banyak benda kita boleh tweak lifestyle kita, sikit demi sikit. Memang nampak lambat, tapi sebenarnya lebih sustainable dan mudah bertahan. Sebab apa yang kita buat dia akan jadi amalan gaya hidup kita sampailah akhir hayat …

Macam abang joe, adalah beberapa benda abang joe tweak lifestyle yang ada, contohnya

– dulu minum manis,sekarang minum tanpa gula, kopi O dan teh O kosong tuh dah rasa sedap
– dulu makan hidangan berat nasi 2 kali, sekarang dah boleh makan sekali pun dah cukup.
– dulu makan malam lepas maghrib, sekarang malam abang joe dah tutup dapur, hanya minum air,
– dulu suka sarapan awal awal pagi, sekarang terus kepada BRUNCH, tapi still makan nasi putih, nasi goreng, ayam goreng, gulai.. ( bahasa modennya ialah Intermittent Fasting )
– dulu suka naik lift, sekarang banyakkan naik tangga
– dulu petang lepak tengok tv, sekarang petang wajib keluar main dengan anak, sambil tuh main timbang bola takraw je (penat jugak weih )
– dulu pergi pos masa tunggu tuh duduk, sekarang pergi mana mana kaunter suka berdiri, walaupun tempat duduk tuh kosong

Sebenarnya banyak lagilah tabiat ni kita boleh ubat sikit sikit. Resultnya, oklah harituh pernah tersasar ke 67 kg, sekarang pagi tadi timbang dah 61 kg. Dari segi peratusan lemak, tuh takdelah sebagus puasa dan jogging, tapi oklahkan, kita pun bukanlah badan nak solid sangat macam bruce lee. Dapat perut kempis sikit, itupun orang kata kita ni awet muda, hehehe.

Timbul persoalan, apa teknik terbaik untuk korang ? Sebenarnya korang boleh pilih mana mana teknik sekali pun untuk kurus. Macam abang joe, lebih selesa guna teknik IF nih, kiranya macam makan nasi sekali dan malam tak makan. Sangat mudah untuk dibuat untuk jangka masa panjang. Kalau korang boleh lari 5 km setiap hari dan jadikannya sebagai gaya hidup, itulah yang terbaik untuk korang. Pastikan setiap benda yang korang buat tuh, boleh dijadikan gaya hidup yang korang akan buat setiap masa setiap waktu sampailah akhir hayat .

Nak tahu lifestyle tuh bagus ke tak, abang joe akan ambil berat hari hari. So dari situ abang joe boleh tahu, bila nak makan, kenapa berat kita naik sikit, senaman nak buat yang macam mana, nasi nak makan berapa banyak. So abang joe tahulah, dapat turun 0.2 kg sehari pun dah cukup bagus. Lama lama dapatlah result yang terbaik. Lambat takpa, janji boleh sustain.

Kesimpulannya,

Orang biasa macam kita ni GEMUK kerana GAYAHIDUP, yes ulang balik, GAYA HIDUP. Kecuali orang yang memang metabolism tinggi, kita nih semuanya gemuk tanpa sedar sebab gaya hidup yang tak sihat. Tapi berita baiknya, kita boleh KURUS pun sebab GAYA HIDUP. So mula dari sekarang, cuba belajar tweak lifestyle korang sikit demi sikit. Insyaallah tanpa sedar badan korang dah makin CUN MELECUN

Joe Labu

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply