Genetik Tubuh Perempuan

Genetik Tubuh Perempuan

Genetik Tubuh Perempuan. Genetiknya bentuk tubuh wanita berbeza2 walaupun ketinggiannya sama. Tp apa y mempengaruhi bentuk ini?

Salah 1nya weight distribution. Dlm kes ni fat distribution. Makluman boleh menggoogle bentuk tubuh general wanita. Ada y pear, ada segitiga, segitiga terbalik, jam pasir, ada segiempat & bulat.

Jika berat idaman dah tercapai, bergantung pd genetik anda, dimana pembahagian berat badan & lemak diedarkan.

Gambar sebagai contoh illustrasi mudah (tujuan memahamkan). Contoh genetik segitiga. Walaupun dah turun berat tetap dikawasan “itu” akan secara relatifnya terbesar d tubuh anda. Itu adalah nisbah edaran berat diri anda. Tidak dapat diubah.

Atas sebab ni tiada makann boleh spot reduce fat, tiada senaman boleh spot reduce fat. Apa² pun perlu secara overall not on 1 particular thing.

Nak turun juga saiz kawasan ”itu” perlu turun berat secara overall, namun harus diingati, ada paras² % lemak y perlu ada ntk mengekalkan tahap kesihatan diri.

Sekdar 2sen saya, Risk reward ratio je

JENIS SENAMAN YG SESUAI MENGIKUT JENIS BADAN

Pernah tak beriya pergi gym atau bersenam bagai nak rak, tapi bdn masih mcm tu jugak? Tak kurus2 dan tak sado2..
Pernah tak terbuat senaman malas2 je kat rumah tiba2 org tegur “Eh Senah bdn kau nampak kurus la.. kau diet ke?”
Bila terkena dua situasi mcm kat atas ni, mula lah ramai buat andaian sendiri.
Ada yg kata cara bersenam salah.
Ada yg ingat badan dia tgh sakit. Sakit apa dia pun tak tahu.
Ada yg tuduh badan sendiri ‘degil’ susah kurus.
Ada jugak yg pulun bersenam lagi teruk sampai nk tercabut nyawa.
Ish.. Ish… Korg jgn buat mcm tu ye.

Sis Nani ada terbaca pasal isu bersenam ni. Rupanya.. cara bersenam utk bdn setiap org tak sama. Badan kita ni ada jenis2 dia.
Kali ni sis akan share senaman yg sesuai ikut jenis badan masing2. Jenis bdn kita berdasarkan otot genetik ada 3 jenis;
1. Endomorph
2. Mesomorph
3. Ectomorph
[Endomorph]
Bentuk bdn besar. Tinggi lemak. Kebiasaan berbentuk ‘pear shape’. Lebih cenderung menyimpan lemak berbanding membina otot.
[Mesomorph]
Kurus sedang. Badan mudah bina otot. Sell otot sgt reaponsif. Kadar metabolism tinggi. Mudah kurus.
[Ectomorph]
Jenis bdn kurus. Tak cukup lemak dan sukar menyimpan lemak. Otot juga agak sukar dibentuk. Selalunya susah gemuk dan terlalu kurus.

Ok, lepas baca ni agak2 korg punya bdn masuk kategori mana? Sis Nani rasanya jenis ectomorph. Hehe.. Sbb tu sis menten slim je.
Utk tahu jenis senaman yg sesuai dgn jenis genetik otot kita boleh baca dlm gambar di bawah.
Kalau rasa bermanfaat sila lah share.

NAK KURUS PILIH MAKANAN THOYIBAN, AZKA

Baca balik tips dr norman norawi nih bukanlah sukar mana. Tapi kena faham konsep dan disiplin yang betul, baru boleh jadi.
Cuba baca tips no1 sampai no3, ianya lebih kepada mengelak , mengurang, atau buang terus makanan yang diproses, artificial, dan seangkatan dengannya. Dalam surah alkahfi ayat ke 19, ada istilah AZKA, yang lebih suci,pure. Surah ni pun untuk elak fitnah akhir zaman. Jadi salah satu nak survive akhir zaman ialah pilih makanan yang lebih natural , lebih pure, kurang diproses.
Tips selanjutnya pun mudah, pilih makanan yang THOYIBAN. Makanan thoyiban pun dari tanah, tentunya natural , yang Allah buat. Lagi satu makanan thoyiban pun ada ciri ciri therapuetic, boleh menyembuhkan dan menyihatkan badan.

Abam ada masalah harituh, berat susah nak turun. Harituh tersekat dekat 64kg. Sebelum nih makan main bedal je. Makan je kuih muih waktu petang, bedal makanan proses macam mee, roti, biskut jajan semua. Lepas tuh abam tengok dokumentari netflix ” The Game Changer”, terus rasa nak tukar ke plant based diet dan cuba buang makanan proses kuih muih . Lepas tuh banyak makan buah waktu snacking. Macam biasa abam pengamal IF sekian lama sampai sekarang.

Bila mula kurangkan ayam,daging,ikan,telur, kuih,biskut,jajan,roti,mee, baru berjaya pecah berat statik 64. Perut rasa lebih senang membuang . Memang nak target sebelum raya dapat cecah berat bawah 60kg, bmi bawah 23 level asian. Badan akan terkejut sekejap, tapi lama lama rasa enjoy. Takdelah masak clean sangat, tapi makin lama makin ok.
Apapun ingat dua ni, THOYIBAN dan AZKA. Nanti ada progress lain, abam share. Bolehlah cari baju raya slim fit kalau perut dan mengempis.

Nak turun berat badan ni mudah namun nak mengekalkannya adalah perkara yang susah

Setuju khennn?..
Satu perkara yang sering berlaku dalam proses nak mengekalkan berat badan adalah REBOUND.
Ini selalu berlaku kepada mereka yang nak kurus cepat dan membuat diet-diet yang extreme.
Tak kira apa jenis diet extreme yang kau orang lakukan, hasilnya pasti sama iaitu kau orang sukar untuk mengekalkan berat badan.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Gais, apabila pengambilan kalori harian terlalu rendah, ia akan mengakibatkan kehilangan bukan sahaja lemak, malah “otot” yang terlalu banyak seiring dengan pengehadan kalori yang terlalu drastik.
Apabila jisim otot susut secara drastik, ini akan menyukarkan proses untuk mengekalkan berat badan kerana apabila otot menyusut, kadar metabolik juga akan menurun dan risiko untuk berat badan menjadi “yoyo” juga tinggi.
Maka terhasillah situasi berat badan “Rebound!”
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Situasi berat badan rebound ini juga boleh dijelaskan dengan salah satu teori popular dalam penurunan berat badan iaitu Teori Set Point (Set Point Theory).
Teori set point menyatakan bahawa badan kita mempunyai julat berat badan tertentu yang telah ditetapkan dalam maklumat genetik (DNA) kita.
Menurut teori ini, berat badan kita cenderung untuk kekal dalam julat tertentu sahaja dan sukar untuk berubah dengan banyak.
Teori set point juga mencadangkan bahawa berat badan kita akan kembali semula ke julat yang asal sekiranya ia berubah terlalu drastik.
Proses ini dibantu oleh regulasi hormon dalam tubuh badan yang sememangnya telah ditetapkan berdasarkan maklumat genetik seseorang.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Contohnya begini.
Berat badan kau orang asalnya 100kg dan kemudian kau orang berjaya turunkan berat secara drastik kepada 50kg.
Terdapat kemungkinan bahawa berat badan kau orang akan kembali semula kepada berat sekitar 100kg atau mungkin lebih!
Haaa, menakutkan khennn?
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Oleh yang demikian, saya kongsikan beberapa strategi mudah untuk mengelakkan daripada berat badan kau orang rebound semula.
1. Sasarkan penurunan berat badan yang realistik dan tidak terlalu drastik.
2. Sebaiknya penurunan berat badan berlaku secara purata 2 kilogram sebulan. Ia lebih realistik dan menjamin hasil yang berkekalan kelak.
3. Elakkan penurunan berat badan terlalu drastik lebih-lebih lagi amalan yang berkaitan diet fad.
4. Sebaiknya ubah diet dan gaya hidup kau orang secara perlahan-lahan bagi memastikan tubuh sempat beradaptasi dengan perubahan tersebut.
‍‍‍‍‍‍ ‍‍
‍‍‍‍‍‍ ‍
Kawan-kawan,
Biarlah kita turun berat badan perlahan agar risiko kecederaan, kulit menggelebeh, rebound semua dapat dielakkan.
Ingatlah, kalau kau orang boleh bersabar ketika nak naikkan berat badan, maka bersabarlah ketika menurunkannya.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply