GULA BERLEBIHAN – Pelajar Malaysia Paling GEMUK Di Asia

gula berlebihan

Tuan puan, sila ambil perhatian kepada apa yang anak anda makan dan minum setiap hari. Kajian terkini yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Umum mendapati 1 dari 3 pelajar di Malaysia menjadikan minuman berkarbonat yang tinggi gula berlebihan sebagai minuman harian mereka.

GULA BERLEBIHAN TIDAK KENYANG

Minuman tinggi gula dan kalori ini TIDAK MENGENYANGKAN, oleh itu individu yang meminum minuman ini akan sentiasa memperoleh kalori berlebihan. Kajian telah membuktikan kesan pengambilan gula tambahan yang tinggi di kalangan pelajar akan menyebabkan masalah kegemukan. Biasanya, amalan pemakanan semasa kanak kanak akan dibawa sehingga dewasa dan seterusnya menyebabkan penyakit kronik lain. Kini kanak-kanak di Malaysia menjuarai carta kanak kanak paling gemuk di rantau Asia. Mampukan perkara ini di hentikan?

KENAPA TIDAK BAIK UNTUK KANAK-KANAK ?

  • Jika makanan manis dan bergula diperkenalkan kepada kanak-kanak terlalu awal, mereka akan lebih cenderung memilih makanan dan minuman manis dalam diet seharian. Manakala, kanak-kanak yang sering mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan sihat tidak akan terlalu memilih dan cerewet.
  • Gula mencetuskan keinginan untuk mengambil lebih banyak lagi makanan manis dan ini akan menjadi satu kitaran yang tidak sihat.
  • Gula tidak baik untuk gigi kerana ia menggalakkan pertumbuhan bakteria yang tidak baik di dalam mulut dan boleh menyebabkan kerosakan gigi.
  • Kajian menunjukkan kesan gula tambahan ke atas kanak-kanak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang ada gula tambahan dalam diet seharian mereka. Sebaliknya, ibu bapa boleh menggantikannya dengan karbohidrat lain seperti roti, pasta dan nasi. Pada masa sama langkah ini dapat mengawal berat badan dan pengambilan kalori mereka.

KAWAL ANAK-ANAK AMBIL GULA

Amalan pemakanan sihat harus bermula dari rumah, kadar penggunaan gula juga perlu dikurangkan dalam pemakanan anak seharian. Apa yang anda harus lakukan dalam langkah mengurangkan pengambilan gula berlebihan kepada anak? Apa yang anda perlu lakukan ialah:

  • Jangan jadikan makanan manis sebagai ganjaran kepada anak
  • Bagitahu kepada meteka kenapa gula berlebihan tidak baik untuk kesihatan si kecil.
  • Kurangkan gula dalam masakan seharian.
  • Buat makanan yang berkhasiat untuk dijadikan snek untuk anak dan bukanya makanan yang banyak mengandungi gula.
  • Elakan pengambilan makanan proses.
  • Berhati hati dengan kandungan gula yang terkandung dalam makanan atau minuman yang dibeli.
  • Ketahui penggunaan nama lain bagi gula dalam makanan di pasaran.
  • Pengambilan gula bagi anak berumur 2-6 tahun adalah tidah lebih dari 3 sudu kecil sahaja.

sumber: public health malaysia, hmetro, babynmomy

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu
WhatsApp chat Nak Order Shaklee ?