DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Gula Putih Penyebab Keradangan

Gula Putih Penyebab Keradangan

Bila tengok rakan jemaah tabur gula putih atas roti, dalam air, cicah dengan makanan meremang jadinya. Ngeri pun ada. Sesudu dua boleh tahan. Ni bersudu sudu.

Ni belum kira jem aprikot, strawberri dan makanan manis lain.

Mahu tak ngeri. Ambil gula putih secara terus akan sebabkan inflamasi atau keradangan pada pembuluh darah.

Mungkin ada yang tertanya tanya apa dia keradangan tu? Atau contoh kesannya macam mana?

Pernah tengok cd atau dvd dicalarkan. Ya cd yang berkilat cantik tu tiba tiba kita calarkan. Ambil paku atau benda tajam kita tulis tulis atas cd tu.

Habis cakar sana sini. Dah tak cantik dah cd tu. nak guna oun dah tak dapat.

Macam tulah gula putih buat pada pembuluh darah. Semakin gula putih kita ambil semakin banyak calar pada pembuluh darah. Bahasa sains ialah fibrosis.

Bila dah ada fibrosis dia ganggu aliran darah ke otak. Darah penting untuk otak. Sebab darahlah yang bawa nutrisi pada otak. Supplier utamalah senang cerita.

Tanpa nutrisi otak tidak mampu beraksi. Tak lincah berfikir. Lemah jadinya.

Apabila mahu makan dan minum, pilih alternatif yang baik. Ada alternatif manis yang lain. Gula kabong, gula apong di Sarawak, madu dan gula kelapa adalah antaranya.

Pilihlah yang sihat. Kerana… sihat itu jihad. Boleh boleh?

#DrRizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.