DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Gula Putih Penyebab Radang Lutut

Gula Putih Penyebab Radang Lutut

SAKIT LUTUT

Selamat pagi, saya ingin berkongsi secara ringkas pada pagi ini mengenai Masalah Sakit Sendi Lutut.

Setiap kali pesakit datang ke klinik saya di sebabkan masalah sakit sendi lutut, saya akan memberikan nasihat pemakanan.
Selalunya saya tidak akan terus bercerita tentang rawatan, tetapi saya mahu pesakit memahami beberapa ‘pantang’ utama dalam penyakit radang sendi seperti osteoarthritis (OA)

Pantang yang paling utama adalah GULA PASIR! ini bukan kerana saya ingin menjual buku tulisan saya tentang ‘Gula Racun Putih’

Selalunya pesakit saya agak terkejut bila saya kata GULA adalah punca radang sendi lutut kerana kebanyakan menyangka makan sotong, udang, daging, kacang adalah punca sakit sendi (kebanyakan pesakit tidak dapat membezakan antara radang sendi gout (gouty arthritis) dan OA)

Itulah hakikatnya kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kaitan kuat di antara pengambilan GULA dan Karbohidrat proses dengan masalah radang sendi.

Oleh kerana itu, jika anda ada masalah radang sendi (osteoarthritis) dan termasuk juga gouty arthritis maka benda yang pertama anda perlu pantang adalah semua makanan dan minuman yang ada GULA PASIR!

-Dr Norman Norawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.