Habbatus Sauda

Habbatus Sauda

HABBATUS SAUDA. Habbatus Sauda’ atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan.

Habbatus Sauda

Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).Mineral lain termasuklah tiamina, niasin, kalsium, asid folik, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Gunalah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat yang
menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali ‘as sam’ (mati).”

Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda didakwa bertindakbalas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Berikut adalah antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:-
1) Membantu melegakan batuk dan selsema
2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan
3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati
4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’
5) Membantu merendahkan kolesterol
6) Membantu mengimbang aras insulin / gula dalam badan
7) Membantu melancarkan peredaran darah
8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan
10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan
11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi

Cara pengunaan Habbatus Sauda pula, sebaik – baiknya diamalkan mengambil lima hingga tujuh biji sehari. Sesuai dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.Dalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” tahun 2010 telah mengkaji tentang kesan ‘anti kulat’ minyak habbatussauda secara mendalam tentang kandungan minyak habbatussauda iaitu ia mengandungi 3 bahan utama:
• Thymol
• Thymoquinone (TQ)
• Tetrahydroquinone(THQ)

Kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang 30 jenis kuman patogen. Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone) adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit (dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.

Kajian ini juga menunjukkan minyak habbatussauda mempunyai bahan fitokimia yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal dan ahli sains sedang mengkaji keberkesanan minyak ini untuk melawan ‘kuman super’ (superbug) yang mampu melawan ubat antibiotik

SUNNAH NABI ITU MEMANG TERBAIK

1. Buang air besar duduk, beresiko tinggi terkena buasir. Mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

2. Kencing berdiri beresiko prostat dan batu ginjal. Kencing mencangkung lebih bersih dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

3. Enzim di tangan membantu makanan lebih mudah dicerna. Dibanding dengan besi, kayu, atau plastik, makan dengan tangan lebih bersih, fitrah dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

4. Makan dan minum berdiri dpt mengganggu perncernaan. Dengan duduk lebih santun dan menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

5. Makan di kursi, masih kurang menyehatkan. Dengan duduk di lantai, tubuh akan membagi perut menjadi 3 ruang: udara, makanan dan air, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

6. Makan buah setelah makan (cuci mulut) kurang bagus bagi lambung, karena ada reaksi asam. Yang sehat adalah makan buah sebelum makan, membantu melicinkan saluran pencernaan dan membuatnya lebih siap, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

7. Tidur meniarap tidak bagus untuk kesehatan, bahkan itu tidurnya syetan. Tidur menghadap kanan lebih menyehatkan, dan yg terpenting itu adalah SUNNAH.

8. Banyak Rahasia Sunnah yg telah diteliti para pakar, dari segi hikmah, manfaat, dan kesehatan. Benarlah yg dikatakan: di balik sunnah ada kejayaan. Bagi kita, jika misalnya belum tahu manfaatnya, terus saja semangat mengikuti adab dan tuntunan Rasul. Manfaat itu efek samping, motivasi utamanya adalah mengikuti adab dan tuntunan Rasul.

9. Seorang doktor Eropah berkata: jika semua manusia mengamalkan 3 sunnah saja (sunnah makan, sunnah di Kamar Mandi, dan sunnah tidur), maka harusnya saya berhenti jadi dokter karena tidak ada pasien..

Subhanallah….

Cintailah sunnah Nabi, tidak hanya adab2 sehari tapi seluruh apa yang telah Rasullah tetapkan dalam Dien Islam…

kredit: Jaylan Puto Joyo

BUAH, SAYUR & MAKANAN SUNNAH GANGGU IMUN?

Ramai tak tahu info ni. Sebahagian dari kita sebenarnya imun jadi lebih teruk bila ambil buah dan sayur tertentu.

Buah-buahan seperti pisang, betik, durian, nangka, avokado, beri, lemon dan nanas sangat berkhasiat dan kuatkan imun bagi orang yang tiada masalah pencernaan.

Begitu juga sayuran seperti kangkung, kobis, bayam, tomato, cili, terung dan macam-macam lagi. Berkhasiat dan bagus untuk imun.

Tapi bila sistem pencernaan bermasalah, perut dan badan jadi sensitif. Ini sebabkan badan jadi alergi dan intoleran terhadap makanan tu.

Badan jadi “angin” semacam lepas makan.

Makanan “sunnah” seperti habbatussauda, minyak zaitun dan madu juga tidak berkecuali. Orang sensitif berisiko jadi “panas” bila ambil makanan ini

Biasanya makanan tinggi khasiat ini yang trigger dan tingkatkan imun kita. Tapi bila perut ataupun pusat imun rosak, imun jadi berlebihan dan diluar kawalan.

Cytokine contohnya merupakan salah satu sel imun yang membunuh kuman. Tapi bila imun ini terlebih dan diluar kawalan, cytokin jadi berlebihan dan sebabkan

” Ribut Cytokine”

Ribut cytokine ini lah yang menjadi punca kematian majoriti penderita COVID19 yang ada penyakit kronik.

.
Sebab tu pentingnya kita stabilkan dulu imun kita. Redakan dulu alahan dan “angin” akibat kerosakan sistem pencernaan.

Penting untuk buat food diary jika ada alahan. Supaya “makanan sihat” ni tak sebabkan mudarat pula.

Jangan pantang lama sangat. 6-8minggu biasanya sudah mencukupi. Kita ambil makanan tidak alah dalam tempoh tu. Insha Allah takkan kekurangan zat..Sebab banyak makanan sihat sebenarnya boleh makan.

Elakkan ambil faatfood, makanan tinggi proses dalam tin dan pek, dan kurangkan gula.

Kesimpulannya, makanan sihat ni sebenarnya menyihatkan badan, memantapkan imun. Tapi bila perut kita angin sensitif, kena baiki dulu supaya imun stabil kembali.

Insha Allah, lepas perut usus kita dah sihat, makanan seperti buah, sayur dan makanan sunnah akan kuatkan lagi imun badan kita.

Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply