Harta Dari Syurga Untuk Baiki Kelemahan Kita ?

Harta Dari Syurga Untuk Baiki Kelemahan Kita ?

Harta Syurga
.

Masa kami melawat Plaza de España di Seville, Selanyol ni, ada tempat utk naik sampan, kayuh sendiri.

Saya ni ada kenangan pahit dgn benda2 dalam air ni. Semasa di Universiti saya pernah masuk pertandingan kayak, dan kayak tu tak bergerak2… statik je di tepi tasik tu. Orang dah habis laps, kita duk lagi kat situ. Buat malu je.

Jadi, sejak tu saya tolak segala aktiviti melihatkan kayuhan di dalam air ni. Eh taknak la tempah malu!

Tapi kali ni budak2 paksa nak naik sampan. Aduh, nak tak nak kena lah mengikut juga.

Lepas beli tiket 5 Euro, kami pun menuju ke jeti kecil ni. Pilih sampan, dan mula lah kayuh..

Saya memang tak boleh fikir positif dah mak oi!

Ya Allah, bantulah hamba-Mu agar dpt menggembirakan anak2 & tak memalukan diri sendiri. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ

Amazing sekali, sampan tu bergerak! Siap boleh potong orang depan, siap boleh u-turn!

Aduhai, ya Allah! Sesungguhnya tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.

Bila kita letakkan sesuatu pd kelemahan kita, memang kita tak mampu pun. Hakikatnya kita memang lemah.

Kalimat لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ bukan calang2. Ia adalah harta dari perbendaharaan syurga. Disebut oleh Rasulullah sebagai كَنْزٌ مِنْ كُنُوزِ الْجَنَّةِ.

Kalimat ringkas tp sangat tinggi nilai dan kekuatannya. Ia berisi penyerahan diri yang total kepada Allah SWT.

Amalkanlah selalu, terutama bila kita nak buat sesuatu yang menimbulkan rasa takut, risau, was-was…. insyaAllah, seronoknya menerima keputusan Allah tu sangat di luar dugaan.

#iReachPiration

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat