DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Hati Berlemak Kerana Suka Makan Tinggi Lemak Gula

Hati Berlemak Kerana Suka Makan Tinggi Lemak Gula

Ini merupakan antara punca mengapa anda perlu mengurangkan mengambil makanan tinggi gula dan lemak. No more bobba, teh tarik, chessy leleh dan kentang goreng.

Memproses lemak badan adalah antara tugasan utama untuk hati. Setelah hati PENUH dengan glikogen, ia mula mengubah gula yang diserap dari darah menjadi asid lemak, untuk penyimpanan jangka panjang sebagai LEMAK BADAN.

Asid lemak dan kolesterol dikumpulkan dan dihantar ke seluruh badan melalui darah. Sebilangan besar lemak akhirnya tersimpan didalam hati menyebabkan terjadinya HATI BERLEMAK

Masalah ini berlaku pada 20 peratus orang dewasa secara keseluruhan. Kebiasaanya anda TIDAK mempunyai gejala ketara sehinggalah hati mula membengkak. Pada waktu ini, anda akan mula rasa tidak selesa dibahagian kanan abdomen.

Untuk mengetahui risiko anda, lakukan ujian darah. Kolesterol tinggi dalam darah (Tg) adalah antara amaran awal masalah hati berlemak. Enzim hati mungkin meningkat . Untuk kepastian ujian imbasan ultrasound boleh dilakukan dan doktor boleh mengesahkan hati anda berlemak berdasarkan struktur hati.

Untuk jangka masa panjang, masalah hati berlemak akan meninggalkan parut kekal di hati dan menyebabkan kerosakan kekal. Fungsi hati akan terjejas dan ia adalah risiko untuk terjadi kanser hati.

Namun berita baik, hati berlemak boleh dipulihkan dengan syarat anda mula mengubah gaya hidup kepada pemakanan sihat, mengurangkan perut boroi dan aktif dalam aktiviti fizikal

Leave a Reply

%d bloggers like this: