High Dose Vitamin C Mampu Lawan Covid-19

Selama ni dok terbaca study ttg kesan pengambilan high dose Vitamin C bantu pesakit Covid 19 lawan virus tu dan pulih.
But this one adalah study from Malaysia sendiri berdasarkan pesakit-pesakit di Malaysia sendiri.
Jom baca rumusannya.
Kajian klinikal mengenai penggunaan vitamin C berdos tinggi telah dijalankan ke atas 14% pesakit kritikal Covid-19 yg mempunyai masalah Acute Lung Injury (ALI) dan Acute Respiratory Distress Syndrome (ARDS) .
Kajian ini telah membuktikan bahawa pengambilan ascorbic acid (vitamin C) berdos tinggi mempunyai kecenderungan untuk bantu mengurangkan tahap tekanan oxidative stress . Ianya merupakan satu usaha yg berkesan bagi mengekalkan tahap kerosakan paru2 ditahap yg minimal selain mencegah daripada kerosakan organ dalaman yg lain .
Secara keseluruhannya , vitamin C berdos tinggi boleh menjadi sebagai satu ‘perisai’ tambahan yg dapat digunakan utk melawan jangkitan Covid-19 . Secara tidak langsung ianya boleh mengurangkan kadar pergantungan pesakit kritikal Covid-19 terhadap mesin bantuan pernafasan sekaligus mengurangkan kadar kematian .
Tahap vitamin C di dalam tubuh mungkin akan berkurang dengan mendadak akibat jangkitan penyakit . Jadi dos vitamin C yg tinggi adalah diperlukan untuk mengisi semula jumlah yg hilang serta memberikan bekalan tambahan utk badan bagi menghadapi tekanan jangkitan tersebut .
Original source kat sini yea
https://zenodo.org/record/4001199#.X5ZtO8DEnDs