HILANGKAN DARAH TINGGI – 9 Petua Mudah Orang Tua Dulu

HILANGKAN DARAH TINGGI – 9 Petua Mudah Orang Tua Dulu

Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan. Petua terbaik hilangkan darah tinggi

9 TIPS HILANGKAN DARAH TINGGI

  • Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
  • Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.
  • Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
  • Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
  • Makan biji buah Peria.
  • Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
  • Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
  • Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
  • Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap. InsyaAllah tekanan darah menurun.

DARAH TINGGI PEMBUNUH SENYAP

Tekanan darah tinggi merupakan ‘pembunuh senyap‘. Kira-kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi. Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel-sel dan organ-organ dalam badan kita. Ia juga penting untuk menyingkirkan bahan buangan dan karbon dioksida. Degupan jantung mewujudkan tekanan yang menolak darah melalui arteri dan vena anda. Apabila tekanan darah anda meningkat, kerosakan yang berlaku akan mengganggu sistem ini.

Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, seterusnya menyebabkan regangan pada dinding arteri yang diperbuat daripada otot separa fleksibel. Sebelum membuat keputusan untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi dadah di dalamnya bagi merawat tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang tidak diingini, cuba ubah gaya hidup anda dari segi pemakanan dan senaman selain daripada mencuba penawar semula jadi untuk tekanan darah tinggi di rumah.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM BOLEH HILANGKAN DARAH TINGGI

Garam bukanlah musuh utama kepada tekanan darah tinggi, tetapi terlalu banyak kandungan natrium mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Untuk “mengepam” Garam yang berlebihan dari sistem tubuh badan anda, sumber cecair diambil daripada tisu di dalam badan. Hasilnya, jantung akan bekerja lebih keras untuk mengepam dan tekanan darah akan menjadi lebih tinggi.

Makanan yang dilabel rendah lemak atau rendah gula juga boleh mengandungi jumlah garam yang tinggi. Ia hanyalah salah sebuah taktik syarikat makanan untuk meningkatkan nilai produk mereka. Secara logiknya, sangat sukar untuk kita hidup tanpa rasa. Jadi bagaimana untuk berjuang menurunkan tekanan darah anda?

sumber: siraplimau101petua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.