DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Hilangkan Jeragat Dengan Cepat

Hilangkan Jeragat Dengan Cepat

Perasan tak sekiranya seseorang tu mempunyai kulit yang tiada jerawat pasti dia akan mengalami masalah jeragat atau bintik-bintik hitam. Tetapi jika dia mengalami masalah jerawat kulitnya tidak ada jeragat @ bintik -bintik hitam. Nak tahu tak apa petua hilangkan jeragat @ bintik-bintik hitam di muka?

Sebelum sis berkongsi petuanya sis nak kongsi punca kulit naik jeragat @ bintik-bintik hitam tu. Jadi sekiranya kita dah tahu puncanya, kita boleh la hindarkan supaya jeragat tidak menjadi lebih teruk atau berulang kembali.

Punca Jeragat / bintik-bintik hitam

1. Sinaran matahari
Sering terdedah kepada sinaran matahari merupakan punca terjadinya jeragat. Kita boleh atasi dengan menggunakan krim yang mempunya sunblock untuk menghindarkan kulit dari terkena secara terus sinaran matahari (UV).

2. Pil/ubat perancang
Penggunaan ubat perancang menyebabkan hormon dalam badan kita terganggu. Ketidakstabilan hormon merupakan salah satu punca terjadinya jeragat.

3. Penggunaan kosmetik / rawatan kulit yang tidak sesuai dengan kulit
Dengan penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit merupaka salah satu puncanya. Bahan yang digunakan mungkin mempunya bahan kimia yang merbahaya yang boleh menghakis kulit dan menyebabkan kulit kita rosak. Apabila kulit menipis dan rosak maka mudah untuk sinaran UV tembus memasuki lapisan kulit kita.

Petua Tradisional untuk hilangkan jeragat

1. Ambil beberapa daun sireh muda, kemudian simpan daun sireh ini di dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai daun sireh dan gosokkan di kawasan jeragat. Biar kering sebentar dan bilas dengan air suam.

2. Hampas kelapa selepas diperah santannya jangan dibuang tau. Ambil sedikit hampas kepala tu kemudian gosok-gosok di muka, biar selama 15 min kemudian cuci dengan air suam. selain boleh memudarkan jeragat ia juga boleh menghalus dan menggebukan kulit.

3. Tumbuk 1cm kunyit hudup hingga lumat, campurkan sedikit tepung ubi dan juga perahan air limau nipis/purut srta 1 biji putih telur. Gaul sebati dan sapu di muka. Biar lebih kurang 20min kemudian bilas dengan air suam.

*Petua yang sis kongsikan di atas merupakan petua tradisional, tapi itu lah kadang-kadang kita ni tak sempat nak buat petua ni dengan kekangan masa dan kesibukan bekerja. Jadi sis akan berkongsi pula petua moden untuk hilangkan jeragat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.