Hutang Kena Bayar Walaupun Sedikit

Hutang Kena Bayar Walaupun Sedikit

Beberapa minggu lepas terbaca kata kata ini di 1 majalah. kata kata yang buat saya terfikir, merenung jauhhh

lebih kurang la ayat dia macam ini ye..

” kamu merungut pintu rezeki kamu sempit ..sedangkan kamu sendiri membesarkan ruang ruang dosa yang menyempitkan rezeki”

kita sibuk merungut kenapa rezeki kita gitu gini.. pernah tak kita audit diri banyak dosa yang kita sedang lakukan tanpa sedar yang sebenarnya itu punca kenapa rezeki sempit

Contoh liat nya nak bayar hutang PTPTN. Masa kita pinjam kita dah tahu akan ada bunga tapi kenapa kita sain je agreement?

Masa belajar duit itu la kita guna beli handphone, belanja awek/boypren keluar dating..

Bila kita dah bekerja.. liatnya nak bayar. mula la cakap ptptn ni penipu la , cekik darah la, bunga tinggi la..

Hutang tetap hutang.. makin lama kita biarkan makin lama kita membesarkan ruang dosa iaitu ruang hutang, riba..

duit yang patut kita bayar balik mungkin sangat berguna pada adik adik yang keluarganya susah nak duit belanja sambung belajar. Mungkin kerana usaha kita bayar balik.. kita dapat bantu 1 keluarga keluar dari kepompong kemiskinan..

“alaaa ko boleh la cakap o takde hutang ptptn ”

ye saya takde hutang dengan ptptn.. tapi tak bermakna saya takde hutang. kat sini apa jua hutang kita..sikit ke banyak usahakan la untuk selesaikannnya.

at least kita berusaha bukan larikan diri tak buat apa apa..

#sahabatgua18
#tsunamishaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat