DIET DIET SIHAT

PENGEDAR VIVIX PALING TOP DI MALAYSIA

IMPACT SPEAKERS 2019 – Di Sebalik Perkongsian

IMPACT SPEAKERS 2019 – Di Sebalik Perkongsian

BERJAYA JUGAK BUAT SHARING 6 MINIT DI NC

Alhamdulillah, syukur kami dapat deliver speech impact sharing semalam di National Conference 2019, di PICC.

Sebab puas hati sangat, kitorang banyak kali jugak praktis, lagi lagi part nak tukar giliran nak bercakap. Masa praktis, wah ada sampai terlupa, ada yang terlebih masa dan sebagainya.

Masa pagi sebelum NC , kitorang praktis lagi 3 kali, 2 kali masa dalam kereta dari bangi ke putrajaya dan 1 kali masa dalam bilik hotel siap dengan pegang botol vivix dan botol mineral, ala ala pegang microphone gitu.

Alhamdulillah, speech ni berjaya dengan bantuan Nadia BDM yang guide kitorang apa nak cakap. Akhirnya lepas tukar fikir tukar fikir, dapatlah kitorang skrip seperti dibawah :

Rules dia mudah je sorang cakap seminit dan bila nak tukar, buat soalan kepada pasangan, so masa wife dah mula cakap tuh, kita kena dah standby part kita pula.

Paling best, memang gile nak letak pantun last tuh. Hahhaa dua pembayang di atas tuh ialah tajuk lagu rock terkenal

debunga wangi – lefthanded
harum subur di hati – bumiputra rockers ( BPR)

INI SKRIP ASAL SPEECH TERSEBUT

Ainul (minit pertama )

6.30pagi saya dah keluar dari rumah. Kalau lambat keluar nanti sampai opis pun lambat.berebut nak parking free.kalau tak kena bayar mahal woo. Balik kerja kena hadap jam. stuck 2jam baru sampai rumah. Sampai rumah malam tu biasa.pernah saya keluar 6.30pg anak tidur, saya balik kerja malam dia dah tidur. Ehmm.. kerjaya sebagai jurutera saya kena selalu outstation, ke utara ke timur. Kena drive sorang sorang. Pernah nak teraccident sebab mengantuk. jaga event di Putrajaya balik jam 4 pagi. Weekend pun kena kerja.Nasib baik suami buat phd full time. Ada flexible time boleh bantu uruskan anak.

Joe (minit kedua )

Oh banyak CANTIK !!! Tapi masa ini isteri saya tak makan Shaklee lagi. Mentang mentang saya ini buat PHD, ada masa, jadi saya pun ikutlah kata isteri saya.
Pasrah dengan keadaan ketika itu. Saya ini pelajar terbaik sarjana kejuruteraan elektrik, penerima anugerah pro canselor, akhirnya, kena jaga anak sebab mak dia pergi outstation.
Jadi takpalah, demi anak, demi keluarga, biarlah saya yang jaga anak. Sampai sarapan pagi pun saya bawa anak pertama kami itu makan, kedai mamak senang, masa itu pun belum ada peraturan 3 meter.
Sayang, awak ingat lagi apa kata anak kita pada awak ?

Ainul ( minit ketiga )
Mestila ingat sampai bila bila. Nak tahu dia cakap apa?
“mama, sinilah babah dengan arreessa makan roti canai, lepas tu babah hantar p school tapi mama takde mama pergi work”
Masa tu saya rasa , saya tiada dalam kehidupan dia.
Saya nak jadi wanita bekerjaya, saya nak jaga anak anak depan mata, hantar mereka ke sekolah. Saya tamak. Saya nak dua dua. Boleh ke aku dapat dua dua tu?
Dan ketika itu saya nampak peluang pada Shaklee. Saya ni dah la masuk Shaklee sebab Master hadhatina belanja jadi ahli.
Terima kasih Mami sebab hadiah jadi ahli Shaklee
Bila saya tekad nak buat Shaklee betul betul bulan tu, bulan depan tu saya rank up SV. Ingat tak sayang masa 1st time kita p recognition naik SV kat HQ lama.

Joe (minit keempat )

Kalau tanya saya, saya ingat lagi ketika kami dijemput ke program movitation rally pada julai 2012. Saya datang dengan hanya pakai t-shirt rock saya dan selipar. Sampai Ayahanda Master Haji Roslan pun tegur pasal pemakaian.

Tapi hati saya betul betul terkesan dengan perkongsian mendiang master law ketika itu. Dari seorang survival kanser ke seorang master coordinator, saya dapat rasakan business Shaklee memang bukan MLM biashe biashe.

terima kasih master law, sebab perkongsian beliau itu membuatkan saya rasa BERDOSA , rasa BERSALAH kalau saya tak berkongsi kebaikan produk Shaklee, tak berkongsi peluang yang Shaklee tawarkan.

Kalau saya tanya isteri saya, “Sayang nak tak buat buat business Shaklee sepenuh masa ? “

Ainul (minit kelima )

Buat sepenuh masa? Memang la nak tapi income Shaklee masa tu berapa je. Baru Sr SV, baru sama dengan gaji engineer dia yang bagi syarat nak resign kena at least 2kali ganda gaji engineer
1 ketika saya kena keje weekend sebab jaga projek di KLCC. Weekend tu mak ayah datang dari jauh nak jumpa saya dan anak. Saya minta mak ayah yang jaga anak saya sebab saya kena p kerja . Terukkan saya.
Dalam perjalanan ke KLCC saya naik komuter dari Shah Alam. Melihat orang lain hujung minggu bawa family jalan jalan tapi anak saya kena duduk rumah dengan atok nenek.
Dalam komuter tu saya sms Master Hadhatina “ mami saya nak resign, saya nak income rm10k. apa yang saya kena buat”
Saya menangis dalam komuter. Mengigil taip sms
Master Hadatina cakap kena naik Sr Coordinator
Dan saya kejar Sr Codi,saya Berjaya jadi wanita bekerjaya dengan Shaklee dan masa saya resign income saya dengan Shaklee 4 kali ganda dari gaji engineer. Lebih dari RM10k. terima kasih Shaklee
Saya hadiahkan trip US pada suami sebab saya pantang bersalin anak ke 2 masa tu. Nampak tak Shaklee effect. Resign kerja terus pregnant.hehe
Best tak p US sayang?
Di Shaklee, saya bukan sahaja dapat wang, saya dapat lebih daripada itu iaitu MASA BERSAMA YANG TERSAYANG

Joe : (minit keenam)

Memang seronok, apa yang Shaklee tawarkan sangat hebat. Jadi rugi kalua tak rebut peluang ini.

Shaklee adalah business jangka masa Panjang yang terbaik di dunia. Shaklee ialah HARAPAN, harapan ini sangat wangi, suci murni.

Walau apa pun yang terjadi, isu apa pun yang datang, masalah apa pun yang datang, SHAKLEE tetap yang terbaik untuk anda semua. Ingatlah pantun ini.

“ Menyusur daratan debunga wangi,
Harum subu mekar di hati,
JIka kau mahu terbang tinggi
Kekallah setia Bersama SHAKLEE “ Sekian terima kasih, Assalamualaikum

Lepas tuh kami praktis nak cukupkan masa tak mahu lebih 6 minit, banyak kali jugak try. boleh tengok list video praktis kitorang di link bawah.

Buat yang datang NC semalam, hopefully korang semua enjoy dan dapat sedikit mesej yang mungkin membuatkan korang bersemangat untuk buat business bersungguh sungguh. Akhirnya, permintaan untuk flip rambut, ucap terima kasih, buat jugak hahhaa. TERIMA KASIHHHHHH !!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat