Influenza A Menyerang, Sila Ambil Langkah Berjaga jaga

Influenza A Menyerang, Sila Ambil Langkah Berjaga jaga

Assalamualaikum semua IBuBapa yg di rahmati Allah❤

Sedikit makluman dr JKM Putrajaya.🎤

Sekarang musim *Influenza A* menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti *asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil* , ia boleh mendatangkan bahaya

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-symptom Influenza A adalah
– demam dan menggigil
-demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
– sakit kepala dan otot
– sakit tekak dan batuk
– selsema

*Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah*

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom
– SESAK NAFAS
– NAFAS LAJU
– DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN
– KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN
– KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM
-BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA)

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
– SAKIT DADA
– SESAK NAFAS
– KEBINGUNGAN
– MUNTAH-MUNTAH YANG BERPANJANGAN
– SELSEMA BERKURANG TETAPI DEMAM DAN BATUK DATANG SEMULA

Rawatan bagi Influenza A adalah
– rehat di rumah
– kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
– makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat
– ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

– kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . *JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH*

– tutup mulut ketika bersin dan batuk
– cuci tangan dengan kerap
– jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital
– galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti
– bayi
– kanak-kanak kecil
– warga emas
– wanita hamil
– pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .

Sama-sama kita cegah penularaan untuk kesejahteraan bersama🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.