JALAN KAKI – Kenapa Perlu 10,000 Langkah ?

menurunkan-berat-badan-hanya-dengan-jalan-kaki.jpg

FAKTA BERJALAN 10,000 LANGKAH

1⃣Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)

2⃣Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah

3⃣Secara purata 1minit = 100 langkah

4⃣Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan anggarannya akan mengurangkan 64 gram lemak.

5⃣Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai biasa kita perlu berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer.
(Bagi individu yang mempunyai berat badan 70kg)

Faedah berjalan kaki secara konsisten secara umumnya memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

1⃣Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.

2⃣Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.

3⃣Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.

4⃣Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.

5⃣Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.

6⃣Mengekalkan kekuatan otot.

7⃣Mengurangkan risiko osteoporosis.

8⃣Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.

9⃣Mampu meningkatkan keyakinan diri.

Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum.

Teknik-teknik berjalan dengan betul:

1⃣Tegakkan postur badan. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.

2⃣Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.

3⃣Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik.

4⃣Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.

5⃣Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.

6⃣Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.

7⃣Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Close Menu