DIET DIET SIHAT

SIHAT DENGAN DIET SIHAT

Jangan Kongsi Gambar Sakit Dalam Wad

Jangan Kongsi Gambar Sakit Dalam Wad

“Doakan keadaan Hj Zul yang kini terlantar sakit di ward”, kongsi seorang wakil penduduk dalam kumpulan Whatsappgroup komuniti berserta gambar pesakit yang dalam keadaan uzur dan terlantar di katil.

Tuan puan,

Sekiranya anda mahu berkongsi gambar anda sendiri di media sosial, sudah pasti anda akan memilih gambar yang TERBAIK dan paling menawan di antara berpuluh puluh gambar yang ada.

Oleh itu, cuba elakkan berkongsi gambar pesakit yang sedang terlantar di atas katil. Lebih lebih lagi pesakit yang sedang berada dalam keadaan kritikal dan tidak sihat. Ada kala aurat pesakit terdedah dan gambar diambil dalam keadaan tidak sempurna.

Sudah pasti pesakit itu sendiri TIDAK MAHU gambar dirinya dalam keadaaan tidak sihat dipertonton kepada orang ramai di media.

Leave a Reply

%d bloggers like this: