DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Jangkitan saluran pernafasan akut (Acute respiratory tract infections) punca kematian COVID 19. Bagaimana nak Elak?

Jangkitan saluran pernafasan akut (Acute respiratory tract infections) punca kematian COVID 19. Bagaimana nak Elak?

Jangkitan saluran pernafasan akut (Acute respiratory tract infections) merupakan punca kematian dan morbiditi di seluruh dunia yang mana boleh dalam bentuk musim influnza ataupun pendemik yang terbaru oleh penyakit yang disebabkan coronavirus COVID 19.

Mikronutrient memainkan peranan yang penting dalam membantu sel tubuh dan tisu di dalam sistem imunisasi. Kekurangan sesetengah mikronutrient ini mampu memberi kesan negatif kepada sistem imun badan dan mengurangkan tahap ketahanan tubuh kepada penyakit. Keperluan yang mencukupi adalah penting untuk memastikan kefungsian tubuh dari segi fizikal dan sel imun.

Walau bagaimanapun, pengambilan seharian mikronutrient yang diperlukan mungkin melebihi yang disarankan jika mahu membantu fungsi imunisasi.

1.Seperti keperluan vitamin C sehingga lebih dari 200 mg/sehari untuk mengelakkan serangan infeksi di saluran pernafasan. Jika diserang penyakit, keperluan mungkin vitamin C yang perlu diambil harus ditambah.

2.Pengambilan vitamin D harian pula, akan mengurangkan risiko serangan saluran pernafasan di bahagian atas (upper respiratory tract)

3.Manakala kekurangan zink memberi kesan kepada sistem imunisasi. Mereka yang kurang mengambil zink terutamanya pada kanak-kanak akan lebih kerap mengalami cirit-birit dan morbiditi pernafasan (respiratory morbidity).

4.Kandungan lemak Omega-3 membantu sistem imun menjadi lebih efektif termasuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan dari keradangan.

Jom amalkan makanan yang seimbang untuk memdapatkan sistem imun yang kuat!

Sumber :

1. Calder, P.C.,Carr,A.C,Gombart, A.F., and Eggersdorfer, M. 2020. Optimal Nutritional Status for a Well-Functioning Immune System is an Important Factor to Protect Against Viral Infections. www.preprint.org

2. Gombart, A.F., Pierre, A. and Maggini, S. 2020 A Review of Micronutrients and the Immune System–Working in Harmony to Reduce the Risk of Infection. Nutrients 2020

3. RNI 2017

Info dari : Unit Pemakanan Daerah Hulu Langat Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.