Jantung Berdebar-debar Ialah Tanda Anda Kurang Air

Jantung Berdebar-debar Ialah Tanda Anda Kurang Air

Selalu jantung anda berdebar debar ? Itu maknanya anda kurang air. Lagi lagi bulan puasa nih. 60% daripada badan anda terdiri daripada air, oleh itu pastikan badan sentiasa terhidrat untuk fungsi tubuh yang optimum. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah kesan dehidrasi terhadap badan anda. Jangan sampai kena strok haba, boleh pengsan jadinya.

5 Tanda Dehidrasi Yang Tidak Dijangka, Yang Boleh Membawa ke STOK HABA

1. Anda Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas

Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood anda akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.

2. Anda Merasa Keletihan / Lesu dan Sakit Kepala / Pening

Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu anda berasa bertenaga. Dengan penurunan paras air, anda mungkin mudah berasa letih bukan kerana terlalu sibuk tetapi mungkin disebabkan dehidrasi. Selain itu dengan dehidrasi, badan anda tidak boleh memproses nutrien dengan optimum yang menyebabkan anda berasa pening.

3. Anda Mengalami Jantung Berdebar-debar

Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah. Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.

4. Anda Mengidam Sesuatu Yang Manis

Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar. Petua: Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.

5. Anda Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik

Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman. Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus! Petua: Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.