DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Japanese Knotweed Ibu Segala Resveratrol ?

Japanese Knotweed Ibu Segala Resveratrol ?

Japanese Knotweed atau nama lain nya Polygonum cuspidatum antara tumbuhan yang ada di dalam dunia. Japanese Knotweed ni dah lama digunakan oleh perubatan China, dan Jepun bagi melancarkan peredaran darah , kesihatan usus serta pencernaan.

Polyganum Cuspidatum adalah ibu resveratrol. Kaya dengan resveratrol yang berfungsi sebagai anti radang, anti kulit, anti bakteria atau anti virus yang boleh membuatkan wajah kita awet muda. Ia digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China dan Jepun selama lebih 100 tahun. Potensi polifenol semulajadinya adalah untuk menyokong diet yang sihat dan mampu memberi kesan positif kepada penuaan sel yang sihat.

Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Harvard, anggur muscadine dan polyganum cuspidatum telah dikenalpasti antara sumber antioksidan terbaik yang boleh membantu menurunkan paras asid urik dalam badan pesakit gout. Kesimpulannya Polyganum Cuspidatum (Japanese Knotweed) ini memberikan 4 kelebihan utama untuk kesihatan kita iaitu:

  1. antioksida yang sangat kuat dan berkuasa
  2. antiradang
  3. antipenuaan
  4. memperbaiki sel mati dan meningkatkan penghasilan sel hidup.

5 thoughts on “Japanese Knotweed Ibu Segala Resveratrol ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat