JENIS KEPUTIHAN – Ketahui Setiap Jenis Masalah Boleh Elak Kanser

JENIS KEPUTIHAN – Ketahui Setiap Jenis Masalah Boleh Elak Kanser

Masalah jenis keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia.

Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.

Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan ciri-ciri atau jenis keputihan yang boleh korang bezakan sendiri:

  1. Tebal dan berwarna putih

Jika situasi ini berlaku beberapa hari sebelum haid korang datang atau beberapa hari selepas haid habis, keputihan ini selalunya normal.

  1. Nipis dan tidak berwarna seperti putih telur

Jika rembesan ini berlaku dengan banyak di tengah bulan maknanya korang dalam tempoh subur. Lendir ini menjadi pelincir bertujuan untuk melancarkan perjalanan sperma ke dalam rahim, jadinya keputihan ini adalah normal.

  1. Keputihan sedikit berwarna coklat

Keputihan seperti ini normal sekiranya ia berlaku selepas haid korang habis. Ia Cuma menunjukkan terdapat sedikit darah haid lama yang masih tertinggal.

  1. Keputihan berair tidak berbau dan tidak gatal

Sekiranya tidak berbau atau berbau sikit je dan tidak berasa gatal, korang tak perlu risau okay?

  1. Keputihan tebal dan rasa gatal

Vagina yang gatal selalunya bermaksud korang mengalami jangkitan dan sekiranya di sertai dengan keputihan yang pekat, korang mungkin mempunyai jangkitan yis, bacterial vaginosis atau jangkitan lain yang perlu dirawat.

  1. Keputihan berwarna kuning kehijauan

Keputihan selalunya berwarna putih tapi jika ia disertai dengan warna kehijauan, mungkin menunjukkan ada jangkitan serius seperti jangkitan trichomoniasis yang tular melalui hubungan seks.

Jangkitan ini disertai dengan bau busuk, gatal dan pedih pada vagina.

  1. Keputihan bercampur darah

Jika berlaku seperti ini, biasanya berlaku radang pada pangkal rahim tetapi ia juga mungkin sebagai salah satu tanda kanser serviks. Kalau korang mempunyai keputihan sebegini, cepat-cepatlah berjumpa dengan pakar sakit puan.

sumber : remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat