DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Jus Buah Tinggi Gula

Jus Buah Tinggi Gula

Zaman kemajuan nih, semua orang kata minum jus buah bagus untuk kesihatan. Macam-macam resepi buah ada, campur itu ini dan macam-macam lagi. Tapi hari ini saja nak beringat sikit tentang kandungan gula dalam buah. Jus buah pun kekadang campur gula kasar nak bagi sedap.

Memang kita nak rasa sedap, kita campur gula, tapi bukan semua gula boleh campur je. Kalau korang rajin baca white sugar nih, semua cakap white sugar memang bahaya, sampai kata macam-macam penyakit ada. Gula dikatakan pencuri tenaga, gula sebabkan diabetes, dan gula boleh lemahkan antibodi kita. Ada satu buku best bertajuk  ” Lick the Sugar Habit: Sugar Addiction Upsets Your Whole Body Chemistry ” hasil penulisan Dr Nancy Appleton menceritakan tentang masalah addict gula dan cara mengatasinya.

Satu cara mudah nak buat jus sihat ialah jangan campur gula langsung. Alternative lain kata guna gula stevia, gula organik, takpun gunakan gula yang memang dah semulajadi dalam buah tersebut. Lain pulak dengan orang yang mempunyai masalah diabetes. Mereka nih tak digalakkan minum jus, sebaiknya makan buah terus. Paling penting, kena jaga kandungan karbohidrat dalam portion makanan, supaya gula tak naik tinggi dalam darah.

Resepi jus kiwi abah kat bawah ni ada campur gula putih tuh, hehehe, nak kasih sedap je. Sekali sekala minum ok, kalau hari hari minum gula je, parah badan. Orang kata kalau nak cantik kena minum banyak airlah, kena makan vitamin B kompleks. Jawapan dia sebab gula nih. Nak pecahkan gula , perlukan air banyak, bila air dah banyak pakai, air kat tempat lain dah berkurang, sebab tuh muka kusam kering je. Vitamin B pulak bagus bantu metabolize gula yang masuk dalam badan nih, jadi tenaga yang berguna. Nak pilih vitamin B ni macam biasa pilih yang terbaik dalam kajian #landmarkstudyterbaik Ok ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.