DIET DIET SIHAT

Sihat Dengan Diet Yang Sihat

Jus Lobak Dicampur

Jus Lobak Dicampur

KAJIAN menunjukkan bahan khasiat dalam lobak merah dikenali sebagai karotenoid.

Bahan itu adalah sejenis antioksidan. Ia sejenis bahan mudah larut dalam minyak atau lemak.

Lemak dalam susu akan bantu penyerapan bahan berkhasiat ke dalam darah dengan lebih tinggi.

Sebaiknya guna susu segar.

Tomato juga kaya bahan karotenoid.

Tomato yang dimasak dengan minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato mentah.

Tomato juga boleh dibuat jus, tetapi sebaiknya diminum bersama susu.

Labu juga kaya karotenoid.

Sebaiknya diambil bersama santan, sebab terdapat sedikit minyak dalam santan.

Kuning telur ada lutein (karotenoid), sebaiknya diambil bersama minyak zaitun.

Sesuatu jenis bahan berkhasiat sebaiknya diambil bersama bahan dari kumpulan yang sama (larut air dengan larut air dan larut minyak dengan larut minyak).

Itu penting untuk mendapatkan penyerapan bahan berkhasiat pada tahap optimum dan dapat manfaat kesihatan yang lebih.

Selamat mencuba!

Sumber: #DrSuriRoowi

Principal Scientist

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open chat